Loading...
Monday, March 10, 2014

Bekas kekasih Clooney berkahwin

Bekas kekasih aktor hebat, George Clooney, mengakui telah bergelar isteri pada Sabtu lalu, di pantai Mexico. Menurut Stacy Keibler, setelah tujuh bulan bercinta, dia dan suami, Jared Pobre, membuat keputusan untuk hidup bersama.

“Saya sangat bahagia! kegembiraan ini jelas tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

“Perkahwinan ini adalah ikatan terakhir dari cinta dan persahabatan sama seperti meletakkan keyakinan kepada seseorang yang bergelar suami,” katanya.

Keibler dan Pobre berkawan selama beberapa tahun dan bercinta sejak Ogos 2013, setelah putus cinta bersama bekas kekasihnya, Clooney.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP