Loading...
Monday, March 10, 2014

Jay Z letak syarat

RAPPER terkenal, Jay Z sememangnya berkawan baik dengan, Kanye West.

Pun begitu, ketika diminta untuk menjadi salah seorang daripada pengiring pengantin West, Jay Z meletakkan satu syarat.

Syarat itu adalah, majlis pernikahan itu mestilah dilakukan tanpa ada sebarang kamera litar tertutup (CCTV).

“Saya setuju untuk menjadi pengiring, namun kena pastikan CCTV tiada kerana saya tidak mahu sebarang gambar atau rakaman saya, anak dan isteri diambil ketika itu,” kata bapa kepada Blue Ivy ini.

Dikhabarkan, West dan Kim Kardashian bakal melangsungkan perkahwinan pada 24 Mei ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP