Loading...
Friday, March 7, 2014

Kongsi kisah hidup

Siapa tidak kenal pelakon Lindsay Lohan yang mencetuskan pelbagai kontroversi akibat masalah sosial termasuk ketagihan dadah dan arak sehingga diarahkan mahkamah menjalani rawatan di pusat pemulihan.
Selepas keluar masuk pusat pemulihan sejak beberapa tahun lalu dengan terbaru di Cliffside Malibu pada 2013, satu siri dokumentari mengenai pelakon bermasalah itu bakal ditayang­kan.
Berjudul ‘Lindsay’ dokumentari sebanyak lapan episod itu adalah ciptaan personaliti televisyen terkenal Oprah Winfrey dan boleh disaksikan menerusi saluran Oprah Winfrey Network (OWN).

Garapan pengarah Amy Rice, dokumentari terbabit memaparkan pelakon filem Mean Girls itu buat pertama kali berkongsi situasi dihadapinya sepanjang proses pemulihan sehingga gangguan paparazzi.
Siri pertama dokumentari itu mengisahkan Lohan berpindah ke New York selepas keluar dari pusat pemulihan untuk memulakan kehidupan baru dan pada masa sama berusaha untuk tidak mabuk.

Namun, difahamkan kru OWN berdepan cabaran ketika melakukan kerja penggambaran berikutan pelakon berusia 28 tahun itu dikatakan kurang memberi kerjasama.

Dalam satu pendedahan oleh kru OWN, antara isu dicetuskan pelakon Mean Girls itu adalah terkunci di luar apartmen, melakukan sesuatu di luar jangkaan setiap hari, tidak mematuhi peraturan yang dipersetujui dan enggan mengikuti jadual penggambaran.

Tindakan pelakon itu dikatakan mencetuskan kemarahan Oprah sehingga mengugut akan membatalkan pembikinan dokumentari itu.

“Ramai sudah menjangka masalah ini akan timbul namun saya mempunyai pendapat berbeza,” kata Oprah.

Jelas personaliti televi­syen itu dalam temu bual baru-baru ini, dia ingin melihat Lohan pulih sepenuhnya dan meminta pelakon itu supaya berhenti menimbulkan masalah.

“Saya betul-betul mahu awak menang. Jika itu bukan yang awak mahu, saya terima dan akan memberitahu kru untuk mengemas barang dan beredar hari ini,” katanya kepada Lohan.

Sementara itu, Lohan meminta maaf di atas perbuatannya itu dan memberitahu dia sudah berhenti me­ngambil minuman keras.

“Tiada parti yang saya belum kunjung. Malah sudah terdedah dengan pelbagai situasi,” katanya.

Selain dokumentari me­ngenai dirinya, Lohan dilaporkan bakal muncul sebagai pelakon jemputan di episod 14 drama siri Broke Girls pada April depan.

Pelakon itu akan berlakon sebagai bakal pengantin, Claire Guinness yang mengupah Max dan Caroline untuk membuat kek perkahwinannya.

Dalam episod itu, Max dan Caroline akan berdepan dengan cabaran apabila Claire kerap me­ngubah fikirannya.

Antara Perkembangan kerjaya Lohan termasuk menjadi tetamu undangan di dua program televisyen iaitu Anger Management, Eastbound dan Down serta watak sebagai Elizabeth Taylor dalam filem biografi Liz & Dick.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP