Loading...
Friday, March 7, 2014

Misteri rumah lama

APABILA bercakap atau terfikirkan mengenai filem seram, otak kita secara automatik akan terfikirkan pada suasana suram, rumah tinggal, kawasan perkuburan dan apa sahaja perkara berunsur mistik.

Malah jika kita lihat hari ini, bagaikan menjadi satu trend apabila penggiat filem tempatan termasuklah penggiat filem Hollywood cenderung menghasilkan filem seram.

Ini termasuklah mengetengahkan mengenai sebuah rumah usang sebagai latar penceritaan yang kemudiannya di garap menjadi satu filem seram.

Antara filem-filem yang mengambil rumah usang sebagai latar penceritaan filem mereka adalah The Conjuring, House at the End of the Street, Cabin On The Wood, Mama dan banyak lagi.

Terbaharu mengambil latar sebuah umah usang, penonton akan di bawa melayari kisah keluarga Evan dan keluarganya yang berpindah ke sebuah rumah jenis Morello lama.

Namun apa yang mereka tidak sedari adalah sejarah kematian dan kesedihan yang menghantui penghuni sebelum mereka itu. Tidak perlu menunggu lama, sebaik mendiami rumah terbabit, mereka mula dihantui dengan kejadian paranormal.

Kejadian demi kejadian yang berlaku mempertemukan Evan dengan jirannya Sam yang bersetuju untuk membantunya menyelesaikan segala misteri yang berlaku.

Dan dek kerana selalu bersama, mereka menjadi rapat dan akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain tanpa menyedari mereka sedang menanggung satu risiko yang lebih besar.  

Filem klise

Namun apa yang mengecewakan penulis, biarpun mempunyai sebuah jalan cerita yang menarik, segala kejutan dan pergerakan jalan cerita sudah boleh di agak.

Ia secara tidak langsung mengurangkan keterujaan penonton untuk mengetahui dan menanti apa yang akan berlaku seterusnya.

Kerana sebaik jalan cerita bergerak babak demi babak, apa yang dilihat dalam filem Haunt ini bagai sudah pernah dilihat dalam beberapa filem seram sebelum ini.

Biarpun entiti yang dipaparkan agak menyeramkan, namun ia masih belum cukup kuat untuk membuatkan penonton terkejut.

Taruhan muka baru

Manakala dari sudut lakonan pula, pujian barangkali boleh diberikan kepada dua teraju utama filem ini iaitu Harrison Gilbertson sebagai Evan dan Liana Liberato sebagai Sam.

Meskipun nama mereka kurang dikenali dan boleh dikategorikan sebagai pelakon baharu, namun mereka berjaya menjayakan watak mereka dengan baik sekali.

Ia secara tidak langsung mengurangkan rasa bosan kerana penonton barangkali masih mahu mengikuti mereka menyelesaikan misteri-misteri yang berlaku.

Secara keseluruhan, Haunt adalah sebuah filem seram biasa yang barangkali hanya sesuai ditonton oleh golongan remaja.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP