Loading...
Monday, March 10, 2014

Suamiku Jururawat, Isteriku Doktor

SUAMIKU Jururawat, Isteriku Doktor’, sebuah hasil karya sutradara Eyra Rahman dan nukilan skrip oleh Panel MIG bakal menghiasi kaca televisyen bermula 15 Mac ini.

Drama siri romantik komedi ini merupakan kesinambungan dari telemovie Cerekarama ‘Suamiku Jururawat’ di mana masih mengekalkan pelakon utamanya, Tomok dan Yana Samsuddin.

Pengarahnya, Eira Rahman berkata, drama yang mengetengahkan genre romantik komedi  memiliki kelainan dan kelebihannya yang tersendiri  memandangkan ia lebih mengetengahkan elemen kekeluargaan yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Kisah ini memaparkan kisah kasih sayang antara suami dan isteri serta ikatan kekeluargaan yang menjadi mesej utama drama ini.

“Lebih menarik, perjalanan kisah suami isteri ini turut diselitkan beberapa babak komedi menjadikan drama ini lebih santai untuk disajikan kepada seisi keluarga,” katanya kepada Zass, semalam.

Tambahnya, penampilan Tomok yang sebelum ini lebih dikenali sebagai seorang penyanyi juga bakal menjadi tarikan kepada penonton untuk menyaksikan drama ini.

“Berbeza dengan penampilan pertamanya menerusi filem ‘Istanbul Aku Datang’, kali ini Tomok bakal membawa kelainan di mana dia akan memainkan watak komedi.

“Keserasiannya bersama Yana juga menjadikan lakonan mereka lebih menjadi dan pastinya peminat tidak sabar untuk menonton gandingan mereka dalam drama ini,” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP