Loading...
Sunday, March 9, 2014

Taylor Swift duta aiskrim

SEPERTI yang diketahui, pasangan Joe Jonas dan Taylor Swift pernah menjalinkan cinta namun hubungan mereka berakhir tidak lama kemudian.

Lazimnya selepas berpisah dengan mana-mana lelaki, Swift akan mencipta lagu mengenai perasaannya sepanjang percintaan itu.

Tidak terkecuali, lagu khas yang ditujukan buat Jonas turut dicipta berjudul, Last Kiss.

Lagu itu yang diinspirasikan daripada kisah cintanya sepanjang bercinta dengan jejaka itu.

Melihatkan bakat Swift dalam muzik, sebuah syarikat aiskrim terkemuka, Cornetto melantik penyanyi kelahiran Pennsylvania, Amerika Syarikat ini sebagai duta.

Malah, aiskrim perasa baharu dihasilkan berdasarkan perjalanan cintanya dan rasa tekstur aiskrim itu yang dinamakan Cornetto Black Forest Red edisi istimewa Taylor Swift.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP