Lembaran Ilmu
Cara Tertib Beriftar
ASSALAMUALAIKUM ...
Hari ni dah seminggu kita berpuasa . Rasanya masih belum terlambat kalau saya nak kongsikan cara tertib beriftar . Bila sebut iftar , sama ada budak atau orang dewasa , selalunya lupa nak bertertib bila dah menghadap makanan . Sedangkan perut kita yang kosong satu hari itu kita perlu berhemah untuk mengisinya supaya tidak terkejut .
Antara Tertib Ketika Berbuka ;
1. Bila masuk waktu berbuka jer , kalau boleh mulakan dengan minum jus buah - buahan . Kalau dapat jus tu campur sekali dengan buah kurma lah . Jus ni akan membantu menyerap asid yang ada dalam perut tuh sepanjang hari kita berpuasa . Juga dapat keluarkan angin dalam perut . Gula dari buah - buahan dapat kembalikan tenaga setelah berpuasa .
2. Ambilah sedikit makanan pembuka selera yang ringan cam kuih - muih , dadih , puding , roti jala , tofuuu .
3. Minumlah air suam / kosong bila anda rasa dahaga . Minumlah air sejuk / berais selepas anda ambil makanan untuk elak perut kembong . Pengambilan air kosong / masak yang banyak dapat elakkan anda dari sembelit dah dehidrasi .
4. Lepas solat maghrib / solat isya' / tarawih barulah ambil yang agak berat cam nasi berlauk , segala jenis mee , lontong , soto dan apa saja yang sewaktu dengannya . Lebihkan ambil sayur - sayuran . Elakkan ambil makanan yang berlemak dan berminyak . Anda digalakkan ambil makanan yang dibakar dan di stim .
5. Kunyah makanan dengan tenang dan perlahan - lahan . Rasulullah mengunyah makanan selama 44 kali . Barulah makanan itu dapat diproses dengan mudah oleh perut kita . Ianya juga dapat elakkan berlakunya gastrik dan juga boleh merawat ulser .
6. Ambillah dalam jumlah yang sederhana . Berhenti makan sebelum kenyang . Perut anda takkan mampu untuk menampung segala jenis makanan yang anda makan . Berat anda juga akan bertambah .
7. Pastikan anda tidur 1-2 jam selepas makan . Jika tidak perut anda akan rasa kurang selesa .
8. Amalkan minum susu + kurma ( 2 sudu jus kurma ) semasa sahur untuk membekalkan tenaga tambahan sepanjang berpuasa .
9. Jika perlu , ambil suplemen tambahan seperti spirulina organik . Ia dapat tingkatkan sel darah merah dan secara tidak langsung menangani masalah keletihan .
Sekiranya kita amalkan tertib ketika beriftar , bukan sekadar dapat mengelakkan kita dari mendapat penyakit malah kita dapat melakukan solat tarawih dan berqiamullail dengan selesa .
* NOTA RAMADHAN 7
BANYAKKAN TAUBAT
Luqman al - Hakim berpesan ;
" Hai anakku ! Biasakanlah lidahmu dengan menyebut ; ' Ya Allah ! Ampunilah dosaku . ' Kerana bagi Allah Taala ada beberapa waktu yang Dia tidak akan menolak hamba - hamba - Nya yang memohon . "Sebaik - baik doa ialah doa memohon taubat dan keampunan . Tundukkan hati mendengar seruan Nabi s.a.w. ,
" Wahai manusia ! Bertaubatlah kamu kepada Allah . Sesungguhnya aku bertaubat kepada - Nya seratus kali setiap hari . "( Riwayat Muslim daripada ibnu Umar r.a. )
0 comments:
Post a Comment