Ditemui pada majlis pelantikan dirinya sebagai duta produk kecantikan Sure White di ibu negara baru-baru ini, Nora Danish menegaskan, dia tidak teragak-agak untuk menamatkan sesebuah hubungan, walau sekuat mana sekalipun ikatan yang tercipta, jika tidak disukai orang tua.
Saya seorang yang amat mementingkan restu keluarga. Sekiranya keluarga Nedim tidak merestui hubungan kami, pasti saya akan tamatkan hubungan ini walaupun ia adalah cinta maut sekalipun.
Jika cerita kononnya hubungan kami tidak direstui benar, pasti Nedim dan saya sudah dimaklumkan mengenai hal ini. Kalau mereka tidak restu, pasti kami akan putus.
Kesal didakwa pilih VIP saja
Saya tahu, mungkin disebabkan status saya sebagai ibu tunggal, maka wujudlah cerita seperti ini. Begitupun setakat ini, keluarga Nedim melayan saya dengan baik. Mereka sangat baik hati dan merendah diri, sama seperti keluarga Jejai (bekas suami). Saya pernah berjumpa dengan keluarganya dan mereka amat baik. Saya bersyukur kerana dikelilingi oleh golongan berstatus tinggi, tetapi baik hati, katanya.
0 comments:
Post a Comment