Loading...
Tuesday, January 7, 2014

Oki setiana dewi baru kahwin tp masih leh berlakon

BAHARU sahaja bergelar isteri pada Disember lalu, pelakon, Oki Setiana Dewi, mengakui suami merupakan keutamaannya kini.

Walaupun tiada halangan untuk terus berlakon, namun jelas Oki, dia perlu menjaga batas-batas sebagai isteri.

"Sebenarnya, suami lebih suka kalau saya hanya terlibat dalam mengajar, memberi seminar kepada remaja tentang hijab dan berdakwah.

"Namun, dia juga tidak melarang sekiranya saya suka untuk berlakon. Mungkin saya akan lebih selektif dan mengurangkan aktiviti lakonan selepas ini," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP