Loading...
Monday, February 10, 2014

Ajai bersama chef kamarul

JEMPUT Masuk, Cef’ merupakan sebuah program santai yang sememangnya menampilkan kelainan yang pastinya mampu menyerikan lagi kehidupan harian penontonnya.

Lebih menarik, program yang diterajui jenama minuman popular Coca Cola ini menampilkan kolaborasi antara tukang masak popular yang dikenali sebagai Cef Kamarul dan komposer hebat, Ajai.

Pengurus Besar Kumpulan TV3 dan TV9, Sherina Nordin berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Coca Cola merealisasikan program ini.

“Selain menampilkan pasangan suami isteri yang berbeza setiap episod, program ini juga turut mengundang beberapa selebriti popular menerusi drama-drama TV3 yang kini hangat diperkatakan,” katanya.

Manakala Pengurus Komunikasi Pemasaran Bersepadu Wilayah Coca Cola, Lim Kean Yew berkata, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mewujudkan suasana harmoni terutamanya ketika menjamu selera.

“Waktu makan bersama keluarga dan rakan-rakan memberi kita peluang mewujudkan suasana dan hubungan yang baik sesama kita.

“Program ini memberi kami platform untuk mempamerkan detik-detik waktu makan yang istimewa di mana Cef Kamarul dan Ajai akan berkongsi tip memasak, berita hiburan dan hidangan yang lazat bersama selebriti jemputan,” ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media di PJ Trade Centre, semalam.

Cef Kamarul diberi kebebasan

Diberi kebebasan untuk berkarya dengan menyediakan menu yang menarik, Cef Kamarul telah memilih masakan Melayu tradisional untuk diketengahkan sepanjang program ini.
style="background-color: white; color: #1d1d1b; font-family: 'Open Sans', sans-serif; font-size: 13px; text-align: justify;" />
“Memandangkan konsep keseluruhan program ini adalah untuk mengeratkan hubungan menerusi masa makan bersama dan pada masa yang sama mahu ketengahkan budaya di negara ini, jadi saya pilih masakan Melayu tradisional.

“Bagi menyediakan menu-menu ini, saya juga perlu memasaknya dengan menggunakan teknik orang lama-lama dan mungkin itulah cabaran buat saya,” katanya.

Program 12 episod ini bakal bersiaran pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 6.30 bermula esok.

Ia turut menampilkan 12 pasangan selebriti antaranya Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Mawi dan Ikin, Datuk Fazley dan Datin Azrin, Fasha Sandha dan Jejai, Keith Foo dan Nabila Huda, Intan Ladyana dan Shah Iskandar, Liyana Jasmay dan Fathuddin serta beberapa pasangan lain.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP