Loading...
Wednesday, February 12, 2014

Kristen Steward Luah Rasa Kecewa Dalam Puisi

BEKAS kekasih Robert Pattinson iaitu Kristen Steward dilaporkan mengabadikan kisah cinta mereka dalam sebuah puisi.
Seperti dipetik daripada Daily Mail, puisi berjudul Wiffle Ball yang disiarkan oleh majalahMarie Claire merupakan hasil karya pelakon tersebut.
Bagaimanapun, Kristen mengakui malu dengan karya puisi tersebut apabila ia disiarkan kepada umum.
Pelakon Twilight itu tidak memberitahu bila puisi itu dibuat, namun semua pembacanya yakin ia dihasilkan ketika pasangan ini berada dalam situasi yang buruk sekitar tahun 2012.
Dalam puisi itu Kristen turut meminta maaf kepada umum terhadap permasalahan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP