ARTIS MELETOP
Nora, Nedim Mengaku Berbincang Tentang Masa Depan

Menerusi foto-foto yang dimuatnaik pasangan ini di laman Instagram masing-masing jelas menunjukkan bahawa pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri sedang melayari saat-saat bahagia sebagai pasangan bercinta.
Malah pasangan sama cantik sama padan ini turut ke Majlis Berbuka Puasa Air Asia dan Air Asia X yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur, semalam (Isnin), bersama-sama.
Akui sedang memahami dan mendalami baik buruk masing-masing Nora dan Nedim kini lebih serasi dan selesa bersama.
“Kami sekarang dalam fasa menerima dan memahami perangai baik dan buruk masing-masing…Kami tak mahu tahu yang baik sahaja sebab nanti masalah di kemudian hari.
“Penting untuk kita menerima baik dan buruk pasangan kita kerana daripada situ ikatan sesebuah perhubungan itu boleh diperkukukah,” kata heroin Pengantin Malam ini kepada ARTISMELETOP ketika ditemui.
Apabila ditanya tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh blog-blog hiburan yang memberitahu mereka sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan, pasangan ini cepat-cepat menyangkal dakwaan tersebut.
“Jangan percaya kepada tulisan-tulisan pada blog kerana secara jujurnya tiada apa-apa persiapan kahwin pun sekarang.
“Kalau sampai masanya nanti, saya akan buat majlis yang ringkas kerana kami masing-masing pernah berkahwin…Kalau ada persiapan pun mungkin tempahan baju saja,” jawabnya Nora mesra.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Tambah Nora jika ditakdirkan kembali menjadi isteri majlis pernikahan dan perkahwinannya akan disempurnakan dalam suasana yang ringkas dan sederhana.
“Kami tidak akan mengutamakan bab-bab hantaran atau persiapan yang terlalu beria-ia kerana adalah lebih baik melaksanakan yang wajib sahaja, iaitu akad nikah,” kata Nora.
Bagaimanapun Nora tidak menafikan ada berbincang mengenai masa depan bersama Nedim tetapi ia sekadar perbincangan biasa.
"Alhamdulillah, ‘family’ kami agak ‘sporting’ dan tak pernah mendesak kami untuk cepat-cepat kahwin,” katanya mengakhiri perbualan.
ARTISMELETOP: ELOKLAH TU KAWIN JE LA CEPAT-CEPAT UNTUK ELAKKAN FITNAH DAN ZINA.
0 comments:
Post a Comment