
Raja Ema Raja Ibrahim, 45, berkata, kontroversi itu tercetus kerana kesilapannya bergaya ketika mengambil gambar dan tiada kaitan dengan pakaian rekaan pereka fesyen baru berkenaan.
“Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.
“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” katanya.
Penampilan Raja Ema dengan baju berwarna keemasan diperbuat daripada getah ketika hadir pada majlis itu mengundang cemuhan peminat yang menggelarnya dengan pelbagai panggilan negatif.
0 comments:
Post a Comment
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.