Loading...
Wednesday, December 18, 2013

Nad Zainal tak malu dengan kekasih

MENGAKUI penat melayan kisah percintaan yang kononnya sudah berakhir, pelakon Nad Zainal memberitahu hubungannya dengan kekasih Azwan Kombos sebenarnya masih baik dan langsung tidak mengalami masalah. Tidak menduga pilihannya untuk kurang bersama di khalayak ramai menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan cintanya itu.
Menolak persepsi liar yang mengatakan populariti mendadak yang diterima pelakon wanita ini menyebabkan dia semakin malu dilihat bersama kekasih, bagi Nad itu bukan punca utama. Baginya dalam mengharungi kehidupan in, dia perlu meletakkan hubungan cinta di belakang dan bukan seiring kerjayanya.
"Saya tidak pernah malu dengan kekasih saya, sehingga ke saat ini hubungan saya dan Azwan masih lagi baik.
"Saya melihat apa yang berlaku ini sebagai cara saya bersikap lebih matang dan saya tahu apa yang berlaku ini tidak manis sebenarnya," katanya.
Tidak meletakkan populariti sebagai sebab utama dia lebih senang ke mana-mana bersendirian, bagi Nad ada waktu yang sesuai untuk dia dan Azwan menghabiskan masa bersama dan bukan ke majlis-majlis besar sahaja.
"Sama seperti orang lain saya dan Azwan juga ada menghabiskan masa bersama.
"Mungkin orang sahaja yang tidak tahu, soal kontroversi yang tidak putus-putus mengatakan hubungan kami mengalami masalah saya percaya itu sesuatu yang perlu saya bayar untuk berada dalam industri ini dan kami tidak kisah dengan apa pandangan orang,” katanya.
Tampil dengan gaya berambut pendek kini, menurut Nad penampilan ini merupakan pendekatan terbaiknya untuk menjiwai sebuah watak drama yang baharu sahaja diterima. Hanya ketawa apabila gaya rambutnya itu dikaitkan dengan “mitos” gadis putus cinta, Nad akui selesa dengan penampilan terbarunya ini.
"Saya memang selesa berambut pendek sejak dari dahulu, bukan apa senang mahu uruskan. Memandangkan saya agak sibuk jadi saya memang memerlukan potongan rambut yang praktikal.
"Selain itu juga kebelakangan ini memang saya menerima banyak watak bertudung, jadi kalau berambut pendek ini mudah sikit," terangnya.
Tidak terkesan dengan kata-kata peminat yang menolak cara pengacaraan yang dibawa ke pentas Anugerah Skrin 2013 (ASK) yang berlangsung bulan lepas. Menurut Nad apa yang berlaku di atas pentas itu merupakan percubaan kali pertamanya dan ia akan kekal menjadi pengalaman yang berharga buat dia.
"Saya hanya mengikut skrip, mungkin ada peminat yang tidak boleh terima.
"Saya tidak kisah dikritik, bagi saya itu pengalaman dan bukan bermakna pengakhiran buat karier pengacaraan saya," katanya yakin.
Tidak menolak untuk memberikan sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan, menurut Nad jika masih ada yang mahu menggunakan khidmatnya sebagai pengacara untuk majlis sebesar ASK tentu sahaja dia akan terima.
"Saya tidak lihat majlis besar atau kecil mempunyai banyak perbezaan, bagi saya selagi namanya tugas, saya akan lakukannya sebaik mungkin.
"Kalau kena kritik kita terus berhenti sampai bila kita boleh maju, saya anggap ini sebagai cabaran," katanya.
Hadir ke majlis promosi filem terbaharunya Kami Histeria di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini menurut Nad, filem ini merupakan antara filem yang paling ditunggu. Memegang watak sebagai seorang gadis bernama Peanut dalam filem ini, dia tidak menggunakan sebarang dialog selain ekpresi sahaja.
"Kalau ikutkan memang susah memandangkan dalam filem ini saya tidak mempunyai dialog, jadi saya banyak bermain dengan ekspresi wajah sahaja.
"Merupakan filem kedua saya, tentunya ini pertaruhan terbaik dari saya memandangkan filem ini juga membariskan beberapa nama besar lain seperti Fazura, Diana Danielle, Sara Ali dan ramai lagi.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP