Loading...
Sunday, January 12, 2014

Calon ABPBH jadi buruan

Tiga calon kategori terhangat Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2013, jadi buruan penerbit 

Menghangatkan saringan awal Anugerah Bintang Popular BH 2013 (ABPBH 2013), trio jelita iaitu Adibah Yunus; Atikah Suhaime dan Shima Anuar masing-masing bersaing dalam kategori favourite, Artis Baru Wanita Popular. 
Sesi fotografi yang diatur sempena wajah baru BH2, membawa penulis mendekati tiga remaja ini yang bernaung di bawah syarikat produksi, MIG. Sekali imbas, tampak aura pelakon pelapis. Namun, pastinya soal untung dan nasib saja bakal menentukan sama ada mereka mampu melangkah sejauh Erra Fazira, Nora Danish atau Neelofa. 


Apa yang pasti, mereka memiliki kelebihan apabila bernaung di bawah syarikat milik David Teo. Ini diakui tiga gadis terbabit ini di mana mereka tidak perlu bersusah payah mencari ‘job’ atau tawaran lakonan. Adibah, Atikah dan Shima beruntung tawaran lakonan tidak pernah putus. Malah, mereka terasa seperti dimanjakan majikan. 

Peluang membintangi filem Highland Tower sehingga nama mereka melonjak secara tiba-tiba lantas membawa kepada pencalonan awal kategori Artis Baru Wanita Popular, ABPBH 2013, membuatkan Adibah, Atikah dan Shima berterima kasih kepada syarikat pengurusan yang membuka pintu mereka dalam bidang seni.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP