Irma menjadi perhatian syarikat pengeluaran produk kecantikan walaupun sudah bergelar ibu.
Bukan tidak percaya kepada pengasuh atau keluarga terdekat menjaga si kecil, cuma pelakon dan pengacara ini lebih suka menjaga dan melihat Redza Syah Irfhan membesar depan mata.
Apatah lagi berbanding bidang pengacaraan, lakonan menuntut tempoh panjang, selain lokasi yang tidak menentu hingga membuatkan wanita ini perlu mempertimbangkan pelbagai kemungkinan.
“Sedari awal dulu saya dan suami memang berhajat untuk menjaga anak kami sendiri pada peringkat awal tumbesarannya.
Lagi pun, dia masih menyusu badan. Setakat penggambaran untuk program TV yang hanya beberapa jam boleh saya penuhi, namun bukan suatu jangka masa panjang.
“Rasanya, masa berlalu sangat cepat apabila bayi kami kini sudah lapan bulan. Biarlah buat masa ini saya duduk di rumah dulu. Sekarang ini pun, andai keluar bekerja sebentar saya sudah merinduinya.
Sebab itu saya selalu membawa buah hati kami ke manamana,” katanya yang dilantik sebagai duta Radiglow, barubaru ini.
Hadir sama, pengasas produk berkenaan, Datin Seri Udani Mohd Noor, dan beberapa rakan artis yang turut menyerikan majlis dengan persembahan mereka seperti Alyah dan Anuar Zain.
0 comments:
Post a Comment