Loading...
Friday, February 14, 2014

Anne Curtis mahu lupa kisah pergaduhan

Pelakon, Anne Curtis ingin melupakan pergaduhan yang berlaku di sebuah kelab malam di The Fort, Taguig pada November lalu yang melibatkan beberapa pelakon lain termasuk John Lloyd Cruz.
Dalam kejadian di kelab malam tersebut, Curtis yang dilaporkan mabuk, telah bertindak menampar Cruz.
Curtis berkata, dia mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku dan enggan memikirkan perkara itu lagi.
"Perkara ini sudah digembar-gembur menjadi satu isu besar. Anda perlu menangani dan menerima apa yang berlaku,'' katanya.
Pelakon wanita berumur 28 tahun itu juga mahu kejadian tersebut dijadikan sebagai iktibar dan tidak akan diulangi lagi.
Ekoran pergaduhan tersebut, pelakon dan pengacara itu menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak terutama peminat


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP