Loading...
Wednesday, February 12, 2014

Taecyeon 2PM saman pencabul maya


RIMAS dengan pelbagai gangguan yang diterimanya melalui internet, salah seorang anggota kumpulan 2PM, Taecyeon mengambil keputusan untuk menyaman pengguna-pengguna internet yang sering mengganggunya menerusi laman media sosial Twitter miliknya.
"Saya tidak boleh menanggung gangguan itu lagi. Jangan harap belas kasihan daripada saya," luahnya menerusi kemas kini status Twitternya baru-baru ini.
Pengurusan 2PM, JYP Entertainment berkata, mereka menghormati keputusan penyanyi itu dan bersetuju untuk memberikan sebarang sokongan berkaitan prosedur undang-undang.
"Mereka yang terlibat telah lama mengganggunya. Kami ada juga mendengar dia menghantar surat memohon maaf, tetapi kami tetap akan mengambil tindakan undang-undang," jelas pengurusannya.
Taecyeon diganggu dengan cacian berunsur lucah menerusi laman Twitternya oleh beberapa individu yang menggunakan gambar selebriti lain sebagai gambar utama. Kata-kata makian itu dapat dilihat oleh peminat-peminat yang lain.
Pihak pengurusan JYP pernah memfailkan saman terhadap beberapa pengguna internet yang memuat naik gambar lucah palsu Suzy, kumpulan Miss A.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP