Penyanyi Aweera menafikan dakwaan dia mempunyai masalah kewangan sehingga terpaksa meminjam wang daripada seorang yang berpengaruh besar (VVIP) sejak akhir-akhir ini.
Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 23, mengakui berasa terkejut apabila gosip tersebut disebarkan kerana ia langsung tidak benar sama sekali.
"Saya terkejut dengan berita ini. Takkanlah saya 'sengkek' sangat sampai nak pinjam duit orang, dengan VVIP pulai.
"Tambah pula saya bukannya lelaki yang selalu berhubungan dengan golongan kaya seperti itu. Siapalah yang jaja cerita ini? Ia salah satu gosip yang memalukan saya sebagai seorang penyanyi," tegasnya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin.
Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok telah melaporkan Aweera mempunya masalah kewangan sehingga menyebabkan dia kerap meminjam wang daripada seorang lelaki berstatus VVIP.

Tambah Aweera, walaupun mengakui dirinya kini disahkan muflis, namun dia tidak akan meminjam wang sehingga boleh memalukan dirinya sendiri.
Malah dia tidak akan teragak-agak untuk mengeluarkan saman kepada pihak yang sepatutnya jika ia menjejaskan karier nyanyiannya.
Sementara itu, Aweera turut memberitahu, dia telah menarik diri sebagai vokalis kumpulan Mojo kerana ingin berubah angin sebagai penyanyi solo.
Katanya, sudah tiba masa untuk dia berhijrah mencari haluan baharu dalam dunia seni dan ingin belajar 'berdiri sendiri' tanpa mempunyai sesebuah kumpulan di bidang muzik tempatan.
"Apa-apapun ingin dijelaskan di sini, saya tidak mempunyai apa-apa masalah pun dengan Mojo mahupun pihak pengurusan saya, KRU Studios. Keputusan ini dibuat kerana saya sendiri mahu mencari haluan hidup baru.
"Saya mahu dikenali sebagai Aweera, bukannya Mojo. Bagi saya Mojo telah membuka jalan yang luas buat saya untuk memperkenalkan diri di dalam bidang seni muzik ini. Saya harap apa yang telah saya pelajari sebelum ini akan diaplikasikan apabila bergerak solo nanti."Buat masa ini saya sedang mencari material sesuai untuk muncul dengan single lagu terbaharu buat para peminat semua," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment