Sunday, March 30, 2014

Sekitar Resepsi Perkahwinan Tertutup Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana


ARTIS MELETOP

Sekitar Resepsi Perkahwinan Tertutup Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana



Sebenarnya kami sendiri tidak pasti sama ada ini resepsi perkahwinan tertutup atau tidak kerana maklumat awal yang kami terima, pasangan ini hanya akan mengadakan resepsi pertama pada 18 April nanti di Dewan Perdana Felda.

Yang pasti, kami ada beberapa keping gambar sekitar resepsi pertama perkahwinan Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana yang telah diadakan di N’dah Catering, Shah Alam malam tadi yang dihadiri oleh kaum keluarga dan juga rakan artis yang rapat.

Dalam laporan terdahulu oleh mStar Online, ibu Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail berkata resepsi akan diadakan secara sederhana dan bakal dihadiri oleh rakan-rakan dan pihak media yang dianggarkan kira-kira 1,000 orang.




“Alhamdulillah, setakat ini persiapan berjalan dengan lancar. Malah Syamsul juga sudah sembuh daripada penyakit demam denggi dan mereka pun sudah berbulan madu ke Pulau Pinang”

“Pada 18 April nanti, majlis persandingan akan dihadiri seramai 1,000 orang tetamu manakala pada 20 April, kami turut mengadakan majlis di rumah bersama keluarga yang dianggarkan seramai 1,000 orang tetamu juga,” ujarnya.

Sementara itu, jom kita layan gambar-gambar pasangan ini!



Next
Mizz Nina Bakal Tawan Minggu Fesyen Kuala Lumpur
Previous
Kim Suk Hoon dan Lee So Yeon hanya kawan baik. SEBUAH akhbar di Korea melaporkan yang pelakon Kim Suk Hoon, 42, dan Lee So Yeon, 32, sedang menjalin percintaan selepas dipertemukan dalam drama Ruby Ring, tahun lalu. Drama 93 episod, arahan Jun San itu menampilkan mereka sebagai pasangan kekasih menerusi watak Bae Kyung-Min dan Jung Roo -Bi. Khabarnya, Lee So Yeon, pemegang watak Soo-Jung dalam drama The Birth of a Family itu jatuh dengan Kim Suk Hoon kerana peribadi aktor itu yang jujur, selain kacak. Sementara Kim Suk Hoon pula terpikat dengan Lee So Yeon kerana sikap aktres itu yang suka mengambil berat dan ceria. Malah menurut Ilyo Newspaper, kisah percintaan pasangan itu dapat diikuti lebih lanjut dalam majalah Women Sense, edisi April. Bagaimanapun agensi Kim Suk Hoon, Loen Tree dalam satu kenyataan berkata, selepas mendapat kepastian daripada aktor itu, ternyata hubungan yang terjalin antara pelakon itu dengan Lee So Yeon hanya sekadar rakan artis. "Kim Suk Hoon beritahu, hubungannya dengan Lee So Yeon tidak lebih daripada rakan artis kerana berlakon dalam drama yang sama," jelas wakil Loen Tree. Begitu juga dengan wakil Lee So Yeon, Star J Entertainment, turut menafikan kisah yang artis mereka bercinta. Sebaliknya, wakil agensi itu berkata, mereka hanyalah rakan baik. Selepas selesai penggambaran drama Ruby Ring pada Januari lalu, Kim Suk Hoon kini sedang mencari peluang baharu. Sementara Lee So Yeon baharu sahaja selesai penggambaran program realiti We Got Married bersama pasangannya, pemain piano Yoon Ha. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140329/hi_03/Nafi-bercinta#ixzz2xSWe4TCj © Utusan Melayu (M) Bhd

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Toggle Footer
TOP