Loading...
Monday, July 7, 2014

Atasi Gian Merokok Di Bulan Ramadhan


Lembaran Ilmu

Atasi Gian Merokok Di Bulan Ramadhan


ASSALAMUALAIKUM...

Dengan Lafaz Bismillah ...
Ramai dikalangan anda merokok tetapi anda tetap wajib berpuasa . Sukar bukan ? Saya pun tak dapat membayangkan bagaimana tahap kesukaran itu . Hanya dengan melihat para perokok tegar merokok sebagai santapan utama beriftar , saya sudah dapat bayangkan sejauh mana seksanya mereka berpuasa tanpa rokok . Sebenarnya ada cara untuk atasi gian merokok di bulan ramadhan ini untuk mereka .




Sebab Ketagih Rokok

Kajian menunjukkan lebih 95 % perokok Muslim menyatakan adalah mudah untuk berhenti merokok di bulan RamadhanMereka ketagih disebabkan nikotin yang bertindak balas dalam otak dengan cara yang sama seperti dadah heroin . Malah ia mempunyai satu laluan yang sama di dalam otak ( bahagian mesolimbik ) yang menjadi punca utama ketagihan . Jadi , tidak hairanlah bila keinginan merokok kembali semula bila berbuka walaupun dah berazam untuk berhenti . 

Tips Atasi ' Gian ' Merokok :

1. Melengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok dengan menyatakan pada diri sendiri , " nanti dulu " semasa keinginan itu timbul .

2. Tarik nafas panjang 3 x secara perlahan - lahan . Gabungan antara melengahkan masa dan menarik nafas dapat membantu mengatasi keinginan merokok dengan lebih mudah . 

3.Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada rokok . Contohnya seperti berjalan - jalan di  tempat kerja , berfacebook , berinternet , bersembang , sibukkan diri dengan kerja  dan apa saja yang sesuai .

4. Jika berada di rumah , anda boleh main game , sembahyang , berzikir , tadarus , mandi , cuci tangan , berjalan - jalan di sekeliling umah , sms kawan , membaca buku , setiap kali rasa nak  merokok .

5. Lakukan senaman regangan setiap kali rasa mengantuk dan lemah kerana tidak merokok . Boleh juga tidur sebentar serta bermeditasi . 

6. Jauhkan diri dari orang yang merokok sebab bau rokok tu akan buat korang gian .


Saya tahu , menulis itu lebih mudah daripada melawan nafsu untuk merokok dan seterusnya berhenti merokok . Tetapi sekiranya anda nekad dan bertekad mahu mengatasia gian merokok , anda pasti boleh lakukannya . Hanya orang yang lemah berlawan dengan nafsu sahaja yang tidak mampu melakukannya .

Segalanya bermula dari diri anda sendiri . Katakan ya , sudah pasti boleh . Ramadhan adalah ruang yang harus dipergunakan sepenuhnya untuk anda yang berhasrat mahu berhenti merokok .


* NOTA RAMADHAN 9

MEMBACA AL _ QURAN

Bukan sekadar membaca tetapi memahami dan menghayati . Daripada kefahaman datang dorongan untuk beramal dengannya , langkah membina hidup cemerlang . Bahkan al - Quran menjadi penyelamat selepas mati . Nabi s.a.w. bersabda ; 
" Surah Tabaarak ( al - Mulk ) adalah penjaga ( memelihara ) daripada azab kubur . "( Riwayat al - Hakim & Abu Naim daripada Ibnu Mas'ud r.a. )
Al - Quran menjadi pembela pada hari akhirat . Nabi s.a.w berpesan ;
" Bacalah olehmu al - Quran , kerana sesungguhnya al - Quran itu akan menjadi penolong bagi para pembacanya pada hari akhirat . "( Riwayat Muslim daripada Abu Umamah r.a. )










0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP