BLOG TAUHU SUMBAT
Timbalan Ketua Pengarah Kastam Ditembak Geng 36?
KUALA LUMPUR - Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Shaharuddin Ibrahim tahun lalu, dipercayai angkara perbuatan Geng 36 yang berdendam disebabkan kegiatan mereka dihalang oleh ketegasan mangsa ketika menjalankan tugas.
Menurut sumber, ini berikutan empat suspek yang ditahan kelmarin, merupakan ahli kongsi gelap terbabit yang aktif dengan pelbagai kegiatan jenayah seperti penyeludupan, pengedaran dadah serta curi kontena.
<!-- more -->
"Mereka ini juga pernah terlibat dengan pelbagai kes lain termasuk tembak dan samun. Jadi mungkin disebabkan dendam kerana dadah yang diseludup dirampas di pelabuhan atau lapangan terbang, maka mereka jadikan Shaharuddin sebagai sasaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rabu lalu, suspek utama kes pembunuhan itu berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang, Selangor kira-kira pukul 5 pagi.
Polis turut menahan tiga lagi rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves, Selangor dan kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dekat sini serta ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada pukul 8.15 pagi, 26 April tahun lalu, Allahyarham Shaharuddin ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya dari rumahnya di Dengkil.
Dua hari selepas kejadian itu, seorang penguat kuasa kanan Kastam yang enggan dikenali mendedahkan, tidak menolak kemungkinan pembunuhan itu adalah akibat sindiket jenayah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan mangsa, berikutan skop kerja Shaharuddin berkaitan dengan bidang import dan eksport.
Sumber itu seterusnya berkata, saki-baki suspek pembunuhan tersebut kini dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang dan pihak polis sedang mengatur strategi untuk memburu mereka. Sumber : Utusan Malaysia
Wassalam, Wa'allahhualam,
SUMBER : BLOG TAUHU SUMBAT

0 comments:
Post a Comment