Cukup dikenali dengan jolokan ‘Lady Gaga Malaysia’, siapa yang tidak kenal dengan Didie Alias. Apatah lagi, dengan sikap Didie yang ramah, nyata dia amat disenangi.
Apapun, di sebalik keberanian Didie tampil dengan pelbagai fesyen yang agak pelik dan lain daripada yang lain, siapa sangka Didie mampu menjiwai watak keagamaan dengan baik.
Ia dibuktikannya menerusi telefilem istimewa Aidiladha, Designer Didie Naik Haji terbitan RTM yang akan menemui penonton pada 15 Oktober ini, jam 10 malam
di TV1.
di TV1.
Didie yang melakonkan watak seorang pereka fesyen terkenal yang jahil agama tetapi ada keinginan melakukan perubahan ke arah kebaikan kerana dia mempunyai impian mengerjakan haji di Tanah Suci Makkah.
Atas inisiatifnya, Didie dengan nekad belajar agama secara diam-diam daripada seorang ustaz muda tanpa pengetahuan dua anaknya kerana malu dengan kejahilan diri.
Ditanya mengenai perasaannya membintangi telefilem istimewa itu, Didie berkata, dia sangat teruja. Apatah lagi, kalau diikutkan ia peluang pertamanya bekerjasama dengan produksi RTM.
“Biar pun tiada sebarang masalah dengan pihak RTM, saya akui rezeki agak tertutup sedikit untuk menjayakan sebarang projek drama atau telefilem dengan stesen TV kerajaan ini.
“Bukan tidak pernah mendapat tawaran daripada RTM tetapi sering saja terpaksa ditolak kerana jadual tidak kena dan bertindih dengan kerja saya bersama produksi lain,” katanya.
Pun begitu, rezeki dalam pengacaraan dengan RTM pula, Didie berkata dia masih bernasib baik kerana sering terbabit mengacarakan beberapa program terbitan RTM.
Menyentuh pula keinginannya untuk bertudung, kata Didie, dia sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi supaya hatinya terbuka untuk berhijrah suatu hari nanti.
Bagaimanapun, katanya, kalau sampai masa dia berhijrah nanti, biarlah secara ikhlas. Menurutnya, dia tidak mahu berubah secara drastik kerana sekali sudah berubah, biarlah kekal selamanya.
Kata Didie lagi, sebenarnya dia mengharapkan diri akan berubah suatu hari nanti kerana empat anak gadisnya kini masing-masing sudah bertudung.
Sehubungan itu, barisan pelakon lain yang turut membintangi telefilem Designer Didie Naik Haji ialah Amar Asyraf, Chacha Maembong, Ady Ashraf dan Maimunah Ahmad.

0 comments:
Post a Comment