Pelakon Sari Yanti menafikan dirinya seorang yang cerewet dalam memilih jurumekap dan hanya menggunakan barangan mekap berjenama sahaja ketika melakukan sesi fotografi atau penggambaran.
Sari, 29, berkata, dia merupakan seorang yang cukup ringkas dalam segala hal termasuk dari segi solekan dan keterampilan diri.
"Saya tidak pernah cerewet tentang solekan kerana kulit muka saya jenis tidak bermasalah dan boleh guna apa sahaja jenama mekap tidak kira ianya murah atau mahal.
"Saya sendiri pun hanya menggunakan bedak jenama Pixie yang berharga RM10 sahaja dan tidak pernah membeli barangan mekap yang mahal," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.
Sari berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di akhbar mingguan yang mendakwa pelakon ini hanya memilih jurumekap berpengalaman serta barangan mekap berjenama sahaja.
Tambah Sari, dia juga tidak pernah menolak mana-mana jurumekap yang disediakan untuk menghias wajahnya.
"Jika sesi fotografi kebiasaannya mereka akan bertanya sama ada saya mahu siapa yang buat solekan, namun saya tidak pernah pula menolak mana-mana jurumekap yang telah disediakan untuk saya," tuturnya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sari berkata, dia baharu sahaja dilantik menjadi jurucakap kepada produk Jamu Ratu Dara.
Tambahnya, dia kini sibuk dengan rangka promosi dan penggambaran untuk produk tersebut selain menguruskan restoran Char Kuey Teow Simply Delicious yang baru dibuka di The Strand, Kota Damansara.
0 comments:
Post a Comment