Loading...
Monday, March 17, 2014

Adam Kesal Dituduh Cuba Lari Daripada Media

Penyanyi Adam berasa terkilan apabila didakwa cuba melarikan diri daripada media seperti yang dilaporkan pada ruangan pojok sebuah akhbar mingguan pada Ahad kononnya enggan menjawab kontroversi masalah rumah tangga.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman,31, berkata, terdapat salah faham daripada pihak yang mengeluarkan berita tersebut kerana sehingga kini dia tidak pernah cuba melarikan diri daripada mana-mana pihak.

"Nampaknya ada salah faham di sini. Pertama sekali, sepanjang tahun ini, hanya dua acara hiburan sahaja yang saya terlibat iaitu salah satunya adalah majlis Selawat Dan Cinta Allah Dan Rasul di Hotel The Royale Chulan Damansara.

"Memang ketika itu selepas majlis selesai, saya hanya berborak sekejap dengan rakan-rakan artis dan kemudian ditemubual oleh beberapa bloger di sana. Dan kemudian saya terus ke lokasi bagi menjalani sesi fotografi mempromosikan filemApokalips.

"Saya agak kesal apabila berita ini dikeluarkan tanpa mendapatkan penjelasan daripada saya dahulu," katanya kepada mStar Online pada pagi Isnin.

Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan pojok pada Ahad mendakwa Adam cuba melarikan diri daripada pihak media di sebuah majlis hiburan yang telah berlangsung baru-baru ini.

Akhbar tersebut turut menyatakan Adam mungkin mengelakkan diri daripada ditanya soal kontroversi berkaitan dengan rumah tangganya.

aa
Adam nafi mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya, Fiza (elite).
Adam yang kini giat mempromosikan single lagu Penggodam Jiwa itu berkata, perkara itu juga tidak sepatutnya timbul kerana mana-mana media boleh menghubunginya terus jika ingin mendapatkan sebarang penjelasan.
Sementara itu, ditanya pula mengenai kehidupan rumahtangganya sejak bergelar suami kepada aktres Fiza (Elite) atau Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, pada 26 September lalu, katanya dia kini cukup bahagia dengan isterinya.
"Walaupun ada gosip mengatakan rumah tangga kami sedang goncang, kami tetap bahagia. Biasalah sekali sekala ada masalah yang timbul. Rasanya semua pasangan mempunyai masalah masing-masing.

"Dalam pada itu, kami juga masih lagi menunggu kehadiran cahaya mata, apa-apa pun semua itu bergantung kepada rezeki," tuturnya.

Dalam perkembangan lain, Adam turut bakal muncul dengan sebuah lagu terbaharu ciptaan sepenuhnya oleh komposer Indonesia, Bajai, berjudul Marmie Maafkan Aku.

Lagu tersebut telah diadun di Amerika Syarikat dan bakal dilancarkan dalam masa terdekat nanti.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP