MILA bersama Zaharie yang juga merupakan ahli kelab peminatnya.
HATINYA gundah, jiwanya kacau saat mengenangkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang tanpa meninggalkan jejak. Meskipun sudah seminggu peristiwa kehilangan MH370 dipaparkan di media massa, Mila Jirin masih sedih mengenangkan apa yang telah terjadi.Baginya kehilangan anak kapal dan penumpang pesawat kebangaan negara tersebut penuh misteri. Namun jauh di sudut hatinya dia cukup risau dengan keadaan mereka.
Tambahan pula Kapten Zaharie Ahmad Shah cukup dikenalinya apabila juruterbang tersebut menyertai kelab peminatnya sejak tahun 2007 yang lalu.
Saya tak tahu nak cakap sebenarnya. Perasaan sedih dan trauma masih lagi saya rasakan apatah lagi kisah kehilangan pesawat masih lagi hangat diperkatakan.
Apa yang boleh saya simpulkan antara saya dan Zaharie kami memang mengenali antara satu sama lain. Beliau memang seorang lelaki yang baik dan sering kali terlibat dengan acara anjuran kelab peminat saya," jelas Mila ketika dihubungi.
Walaupun begitu, Mila menjelaskan yang mereka sudah lama tidak bertemu dalam acara-acara kelab disebabkan kesibukan masing-masing.
Dia masih ingat kali terakhir bertemu Zaharie di Melaka beberapa tahun lalu. Ketika itu mereka bersembang panjang dan Zaharie ada menitipkan kata-kata nasihat buat dirinya.
Saya anggap dia sebagai o
Dia masih ingat kali terakhir bertemu Zaharie di Melaka beberapa tahun lalu. Ketika itu mereka bersembang panjang dan Zaharie ada menitipkan kata-kata nasihat buat dirinya.
Saya anggap dia sebagai orang dewasa yang banyak pengalaman hidup. Kami tidaklah begitu rapat tetapi saya memang mengenali perwatakan setiap ahli kelab peminat The Voice Of Mila.
Sejujurnya hanya selepas kejadian ini barulah saya tahu beliau merupakan juruterbang MAS. Sebelum ini saya tak pernah tahu pun jawatannya," kata penyanyi genit itu
Buang gambar
Mengimbas kembali kejadian kehilangan pesawat tersebut, Mila hanya mengetahui tentang perkara berkenaan (8 Mac) melalui laman sosial.
Tidak mengesyaki apa-apa, sama seperti rakyat Malaysia yang lain berdoa agar pesawat tersebut ditemui seperti yang diharapkan oleh semua pihak.
Namun hatinya mula berdetik apabila melihat senarai nama penumpang dan anak kapal dan terpandang satu nama yang begitu dikenalinya selama ini.
Memang saya berdebar sebab beliau antara orang yang hilang. Saya fikir keluarganya tentu runsing dan gundah-gulana memandangkan sampai sekarang masih belum ada berita positif mengenainya," jelas Mila sayu.
Saat berita tersebut semakin tersebar, Mila ada cuba untuk menghubungi telefon bimbit Zaharie melalui pembantu peribadinya namun tidak berjawab.
Lantas Mila ada memuat naik gambar dirinya bersama Zaharie di laman sosial Instagram sebagai tanda simpati. Tidak bertahan lama, gambar tersebut akhirnya dipadam oleh Mila beberapa hari selepas itu.
Saya muat naik gambar tersebut sebagai tanda simpati dan risau dengan keadaan yang berlaku. Sebaliknya apabila gambar itu dipaparkan banyak sangat komen negatif daripada peminat.
Ada yang kata saya tak sensitif, tak menghormati keluarga dan macam-macam lagi. Saya sendiri tak berniat untuk menyakiti sesiapa dan perbuatan itu (memuat naik gambar) sebagai tanda kerisauan saya.
Untuk mengelak macam-macam persepsi negatif lebih baik saya buang gambar itu segera daripada terus menjadi isu dan menimbulkan perdebatan di laman sosial," tambah Mila lagi.
Fokus
Ramai yang memuji tidak kurang juga yang terkejut dengan lakonan mantap gadis yang berusia 26 tahun ini di dalam filem Kami Histeria baru-baru ini. Watak Airin yang dibawakan olehnya menyerlahkan sisi lain penyanyi kecil molek ini.
Tidak menolak filem berkenaan berjaya mengembalikan fokus peminat terhadap dirinya akui Mila, dia banyak menerima tawaran berlakon selepas filem berkenaan ditayangkan di panggung.
Memang banyak tawaran yang datang sejak akhir-akhir ini. Saya tak boleh nak terima semua sebab jadual nyanyian saya agak padat bila tiba hujung minggu," kata pelakon drama bersiri Kau dan Aku ini lagi.
Buat masa ini fokus Mila masih lagi dalam bidang nyanyian dan melalui syarikat rakaman Nova Music, Mila sudahpun merakamkan lagu duet bersama Nubhan berjudul Hampir Jauh.
Selain itu dia juga bakal merakamkan lagu kerohanian sempena bulan Ramadan sebagai salah satu projek khas bersama syarikat tersebut.
0 comments:
Post a Comment