Loading...
Saturday, November 15, 2014

Nuha #AF2014 Kurang Keyakinan Jadi Penyanyi


Artis Meletop

Nuha #AF2014 Kurang Keyakinan Jadi Penyanyi


Nuha AF 2014 kecewa lupa lirik hancurkan impian jadi juara AF 2014.

Peserta tempat keempat racangan Akademi Fantasia 2014, iaitu Nuha menjelaskan dia kurang keyakinan diri dan belum bersedia untuk menjadi seorang penyanyi selepas berakhirnya program itu pada 9 November lalu.

Nuha atau nama sebenarnya, Syamila Nuhair Zainordi, 21, berkata, dia akan menamatkan pelajaran terlebih dahulu dalam jurusan Diploma Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai persiapannya sebelum menceburi industri seni.




"Saya kurang rasa yakin terhadap diri sendiri, hendak bercakap dengan media pun saya takut, ini pun sebab ada guru-guru dan ibu bapa saya beri semangat.

"Insya-Allah lepas ini saya sambung semula pengajian pada semester tiga dalam bidang muzik di UiTM yang tertangguh kerana menyertai program ini," katanya kepada Artis Meletop.

Nuha diumum tempat keempat pada malam kemuncak Akademi Fantasia 2014 yang diadakan di Auditoriun Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pada 9 November lalu dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian ke Korea Selatan dan trofi.

Selain itu, Nuha turut memenangi wang tunai RM10,000 daripada D'Herbs sebagai pelajar paling banyak perubahan.


Nuha

Remaja berasal dari Perak ini menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Pertama Kali pada pusingan pertama, manakala lagu Beribu Sesalan pada pusingan kedua yang mendapat kritikan apabila dia beberapa kali terlupa lirik.

Dalam pada itu, Nuha menjelaskan kejadian lupa lirik berlaku apabila dia terlalu gementar sehingga menyebabkannya hilang fokus pada pentas akhir itu.

Dia juga mengakui terlalu kecewa kerana impian untuk menjadi juara program itu hancur berkecai.

"Perasaan saya memang sangat kecewa apabila lupa lirik itu dan memang perkara ini akan membuatkan saya menyesal semumur hidup. Saya memang nak sangat jadi juara tetapi mungkin usaha saya masih belum cukup untuk menerima gelaran itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Nuha berkata, wang kemenangan berjumlah RM25,000 itu akan digunakan untuk membiayai pengajiannya.

Katanya, sebahagiannya pula akan diberikan kepada keluarga untuk memperbaiki rumah mereka.

"Saya masuk program ini sebab nak bayar duit yuran pengajian, duit pinjaman saya dapat hanya RM100 sahaja setiap semester.

"Mungkin kerana pendapatan bapa saya tinggi, tetapi orang tidak tahu duit tersebut adalah untuk membiayai kos rawatan kesihatan nenek saya. Bukan saya ingin meminta simpati tetapi saya hanya jelaskan kenapa saya masuk program AF 2014 ini adalah untuk dapat duit sahaja," ujarnya.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP