Loading...
Saturday, March 15, 2014

Seronok jumpa Lee Kwang Soo Running Man

PENYANYI Rain melahirkan perasaan gembira kerana digandingkan dengan Lee Kwang Soo sewaktu muncul dalam program Running Man untuk episod Australia Adventure, baru-baru ini.
Untuk gandingan tersebut, mereka dikenali sebagai Rain Kwang atau Bi Kwang.
"Menjadi rakan pasukan Lee Kwang Soo, seperti menang loteri," komen Rain.
Sementara itu, Kim Jong Kook turut memberi komen yang mengatakan bahawa Lee Kwang Soo cukup popular dalam kalangan peminat di Australia dan ramai yang berminat untuk menjadi rakan pasukannya.
Dalam pada itu untuk program tersebut, Song Ji Hyo yang sibuk dengan penggambaran tidak akan muncul dalam episod pertama Australia Adventure.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP