Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 berkata, syarikat Heslr Media yang baharu ditubuhkannya dua bulan lalu berfokus kepada penjenamaan semula nama artis-artis yang pernah melalui kontroversi yang memburukan nama mereka.
"Kita akan cuba bersihkan dan bina semula nama dan kerjaya artis-artis yang pernah dihimpit kontroversi dan bantu mereka mencari peluang kedua dalam industri.
"Sayang jika dibiarkan bakat yang mereka ada dan mereka tidak ada laluan mana untuk kembali di terima dalam industri."Setakat ini ada beberapa artis sudah melantik saya untuk perkhidmatan rundingan ini," katanya kepada mStar Online.
Tambah Shy8, ia sebagai langkah pertama baginya mengamalkan elemen koporat dalam industri seni tanah air.
Katanya, semua perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbentuk profesional dan melindungi hak-hak seorang artis daripada diperdaya pihak tidak bertanggungjawab.
"Kita mahu semua perjanjian yang dibuat melalui kedua-dua pihak artis dengan produksi melalui satu prosuder yang betul.
"Ia bertujuan melindungi kedua-dua pihak jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini," katanya.
Tambahnya, sebagai selebriti yang pernah terlibat dalam dunia korporat, Shy8 mengakui banyak perkara yang perlu diperbetulkan dan diambil berat berkaitan industri seni tanah air.
Sementara itu, pihaknya kini dalam usaha untuk menyelesaikan isu kontrak antara pelakon Eina Azman dengan sebuah produksi Indonesia.
Katanya, dia akan mengambil tindakan sewajarnya dan mengumpulkan beberapa bukti untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik dalma masa terdekat.
Dalam pada itu, selain perkhidmatan rundingan, dia turut menawarkan perkhidmatan pembantu peribadi untuk beberapa hari kepada mana-mana selebriti
0 comments:
Post a Comment