Loading...
Monday, July 7, 2014

Kad Raya Pertama


Lembaran Ilmu

Kad Raya Pertama


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Alhamdulillah , semalam saya mendapat kad raya pertama dari seorang blogger . Semasa saya memegang sampul surat itu , saya sudah dapat mengagak dari mana ianya datang . Dari Kota Tinggi , Johor .

Kad Raya Pertama


Terima kasih Kathy Arbain pemilik blog Coretan Hati Kathy dan Diari Resepi kerana sudi melayangkan kad ucapan hari raya yang cantik dan personal itu .

Sejak sebelum menjelang Ramadhan lagi saya sudah berfikir sama ada hendak menempah kad raya atau membeli yang ready made . Jika tempah , sudah tentu kad raya itu lebih kelihatan eksklusif  . Saya sudah menjangkakan Ramadhan kali ini saya akan mendapat kad raya memandangkan ada blogger yang memiliki alamat saya . Dan tekaan saya tepat .

Pemberian kad raya antara blogger akan dapat mengeratkan lagi kemesraan antara blogger yang sudah sedia terjalin . Siapa lah yang tak suka terima kad raya kan . malah berbunga - bunga lagi di hati . Ia menandakan bahawa ada juga insan yang suka dan selesa bersahabat dengan kita .


Artikel ini ditulis oleh ; Vee Sandi

Pemilik mutlak veesandy.blogspot






0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP