Loading...
Sunday, June 29, 2014

Bagaimana Memilih Langsir


Lembaran Ilmu

Bagaimana Memilih Langsir


Assalamualaikum ...

Dengan lafaz Bismillah ...
Ramai wanita diluar sana sudah mula mencongak - congak tentang persiapan untuk menyambut Aidil Fitri walaupun Ramadhan baru sahaja bermula . Antaranya sudah tentu anda akan fikirkan tentang langsir . Walaupun tingkap dan pintu tidak banyak , tetapi menentukan materialnya bukanlah mudah malah kosnya juga sudah menelan ratusan ringgit . Untuk mengelak pembaziran , adalah lebih baik kita mengetahui bagaimana memilih langsir yang sesuai agar tidak berlaku penyesalan .


Bagaimana Memilih Langsir


Panduan Memilih Langsir
1. Material
Anda perlu tahu material jenis apa yang sesuai dengan jenis rumah / kediaman dan konsep yang anda pilih untuk ruang tamu rumah anda . Sekiranya rumah jenis rumah batu yang mempunyai pintu selak ( teres , banglow ) kain langsir yang tebal ( night curtain ) dan langsir nipis ( day curtain) sangat sesuai . Ini kerana individu yang tinggal dirumah seperti itu selalunya pentingkan privasi di mana mereka lebih selesa jika dalam rumah mereka tidak dapat dilihat dari luar .

Manakala rumah kayu ( rumah tradisional ) , kain langsir jenis nipis telus cahaya adalah lebih sesuai . Ini kerana rumah kayu selalunya dibuka tingkapnya untuk merasakan tiupan angin . Kehadiran kain langsir yang nipis menjadikannya melambai - lambai apabila angin bertiup .


Bagaimana Memilih Langsir



2. Pemilihan Corak
Pemilihan corak langsir mestilah bersesuaian dengan konsep deko rumah anda . Sekiranya rumah anda menggunakan konsep Inggeris , maka lebih baik anda menggunakan langsir corak bunga - bungaan , corak jalur , corak petak dan corak polkedot .

Untuk konsep bali , pilihan kain langsir yang polos , corak abstrak serta imej yang kecil pada langsir sangat sesuai digandingkan dengan perabot - perabot kayu di rumah anda .

Untuk konsep moden , corak ringkas dan abstrak adalah menjadi pilihan masa kini . Malah sangat mudah untuk anda memilih dan gandingkan dengan perabot rumah anda . Sebut sahaja di kedai , mereka akan mencadangkan pelbagai pilihan corak  kepada ada dengan mudah .


Bagaimana Memilih Langsir


3. Pemilihan Warna .
Sebelum memilih warna untuk langsir anda , anda perlu lihat warna dinding dan perabot di rumah anda . Ini kerana warna langsir yang anda pasang nanti akan memberi biasan cahaya kepada waran ruang tamu anda .
Warna tersebut mestilah lebih terang sedikit atau lebih lembut dari warna dinding atau boleh juga sama dengan warna perabot dan aksessori lain di ruang tamu .

Penggunaan warna yang tepat atau serasi akan menaikkan lagi seri ruang tersebut . Sekiranya anda menggunakan warna langsir yang agak berbeza dengan warna dinding dan perabot , maka seri ruang tamu rumah anda akan mati . Elakkan memilih warna gelap pada langsir anda kerana ia akan menyebabkan ruang tamu rumah anda kelihatan sempit .

Diharap panduan memilih langsir ini akan dapat membantu anda membuat pilihan . Langsir adalah point utama yang akan dilihat tetamu apabila bertandang ke rumah anda . Sama ada langsir itu anda jahit sendiri atau ' ready made ' , pemilihan biarlah tepat agar rumah anda kelihatan lebih menarik .


* NOTA :

Langsir yang masih elok , dibuang jangan .










0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP