ARTIS MELETOP
Ramadan Pertama Tanpa Bapa, Misha Omar Terasa Kehilangan
Penyanyi popular Misha Omar akui walaupun pasrah dengan ketentuan illahi terpaksa menyambut Ramadan tanpa kehadiran bapanya disisi, perasaan sayu tetap bersarang di hati.
“Kami sekeluarga reda pemergian Abah…Tetapi perasaan sedih itu tetap ada. Yang paling terasa apabila abah tiada ialah ibu kami.
“1 Ramadan tahun ini merupakan yang paling pahit untuk kami sekeluarga kerana kehilangan abah masih dirasai sehingga kini, tetapi arwah sentiasa ada di jiwa dan hati kami,” kata Misha tenang.
Tambah Misha, mereka turut mengelak untuk memasak juadah kegemaran bapa mereka.
“Banyak kenangan kami dengan arwah. Disebabkan situasi ini masih baru untuk kami, pada tahun ini kami mengelak untuk memasak lauk-pauk kegemaran arwah.
“Arwah paling suka Sira Pisang, Onde-Onde, Nasi Kerabu…Masih segar diingatan tetapi, tidak mengapalah…Allah lebih sayangkan dia.
“Tidak mahulah selalu terkenang-kenang kerana kami tak nak terus bersedih. Kalau kami anak-anak ini terasa pahitnya kehilangan Abah, apatah lagi ibu,” ujarnya.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
Dalam pada itu kata Misha antara kenangan Ramadan bersama arwah bapanya yang tidak boleh dilupakan ialah ketika bersahur.
“Masih terngiang-ngiang di telinga kami saat arwah membebel kerana kami liat bangun sahur,” kata Misha ketika ditemui Astro Gempak baru-baru ini pada Majlis Berbuka Puasa Sony Music di Menara TM.
Menurut Misha lagi, Syawal tahun ini juga akan menjadi kurang meriah kerana tiada lagi celoteh dan gelagat bapa kesayangan mereka itu.
“Itu yang akan paling dirindui…Selalunya malam raya kami akan sibuk dengan persiapan bersama tetapi tahun ini kami tidak lagi bersama.
“Kami adik-beradik akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada ibu supaya dia tidak terasa kehilangan.
“Apa yang pasti, pada 1 Syawal nanti kami sekeluarga akan pergi menziarahi pusara arwah abah,” katanya mengakhiri perbualan.
Allahyarham bapa Misha, Omar bin Ismail telah kembali kerahmatullah pada 29 November 2013 akibat penyakit jantung dan kegagalan organ utama berfungs .
Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment