Loading...
Thursday, July 10, 2014

Aliff Aziz dicop 'budak jahat'


ARTIS MELETOP

Aliff Aziz dicop 'budak jahat'



“SAMA ada saya terima atau tidak, orang akan tetap label saya sebagai ‘bad boy’. Berilah saya peluang untuk buktikan yang saya benar-benar sudah dewasa,” luah penyanyi Aliff Aziz ketika di minta mengulas mengenai kritikan yang diterima menerusi kontroversinya sebelum ini.

Akui dirinya sudah belajar daripada kesilapan lalu, Aliff bagaimanapun tekad tidak mahu pandang ke belakang.

“Sebaik baik manusia pasti ada juga orang yang tidak menyukai kita. Saya bukanlah seorang yang hipokrit dan saya lebih suka menjadi diri sendiri.

“Tapi itu juga tidak bermakna saya boleh buat apa sahaja tanpa memikirkan kesannya. Salah tetap salah dan saya juga masih belajar daripada kesilapan lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis buka puasa Sony Music baru-baru ini.

Kesal dengan tohmahan dan kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya, Aliff meminta supaya semua pihak memaafkan dirinya memandangkan dia bukanlah insan yang sempurna.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Dalam kehidupan ini pasti ada hitam putihnya. Kalau seseorang itu kelihatan jahat, tidak bermakna dia juga tidak baik dan begitu jugalah sebaliknya.

“Sebagai manusia biasa, saya jauh dari sifat sempurna dan saya akui banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk perbetulkan diri sendiri.

“Jadi saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan kelakukan saya sebelum ini,” tuturnya dalam nada kesal.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia kini sedang sibuk dengan pembikinan album baharunya yang bakal dilancarkan akhir tahun ini.

“Sebenarnya dalam diam-diam, saya sibuk dengan buah tangan baru ini.

“Dalam album ini saya ada semangat dan imej baru yang saya sendiri tidak sabar untuk berkongsi dengan orang ramai,” ujarnya mengakhiri perbualan.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP