Lembaran Ilmu
Realiti Sebalik Kurma
Assalamualaikum ...
Dengan lafaz Bismillah ...
Sebelum ini saya tidak tahu kelebihan realiti sebalik kurma . Saya hanya tahu yang biasa anda tahu . Maka bila saya tahu , saya kongsikan bersama anda , apakah realiti sebalik kurma yang anda perlu tahu .
Antara Kelebihan Kurma ;
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
Sungguh tersimpan seribu satu rahsia di sebalik kurma . Buah tamar kesukaan Rasulullah ini tiada tandingannya .
* NOTA RAMADHAN 8
LAZIMI BERSEDEKAH
Setiap hamba Allah mempunyai peluang untuk meraih pahala bersedekah . Pada bulan Ramadhan , peluang itu lebih terbuka luas meskipun buat orang yang miskin melarat . Apa yang boleh disedekahkan ? Nabi s.a.w. memberitahu ;
" setiap perbuatan baik adalah sedekah . "( Riwayat Muslim daripada Abu Syaibah r.a. )
Sabda baginda yang lain ;
" Apabila seseorang menafkahkan harta kepada keperluan keluarganya dan hanya berharap dapat memperoleh pahala , maka hal itu akan dicatat sebagai sedekah baginya . "( Riwayat Bukhari & Muslim daripada Abu Mas'ud al Badriy r.a. )
Mengapa sangat dituntut bersedekah ? Nabi s.a.w. menjelaskan ;
" Hendaklah kalian bersedekah , kerana sesungguhnya sedekah itu merupakan tirai penyelamat kalian daripada api neraka . "(Riwayat Baihaqi daripada Anas bin Malik r.a. )
0 comments:
Post a Comment