Loading...
Friday, September 5, 2014

Simfoni gabungan vokalis nasyid sekolah


ARTIS MELETOP

Simfoni gabungan vokalis nasyid sekolah



SEKITAR 2005 sehingga 2007, lima anak muda ini giat menceburi pelbagai pertandingan nasyid yang membawa kejuaraan sehinggalah peringkat sekolah dan kebangsaan.

Ketika itu, masing-masing mewakili kumpulan nasyid sekolah berpusat di Kedah iaitu Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Mahmud Pokok Sena, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Hasil gabungan vokalis dari sekolah itu, maka lahirlah Simfoni yang ditubuhkan pada 2009.

Lima vokalis ini adalah Mohamad Anas Mohamad Naem (Anas), Ahmad Ifham Solhi Tagor (Ifham), Imtiaz Ikrimal Rosslee (Imtiaz), Muhammad Hazran Muhammad (Hazran) dan Mohd Firdaus Naim Desa (Firdaus).

Mengulas lanjut, ketua kumpulannya, Ifham memberitahu nama Simfoni adalah akronim bagi 'Silaturahim Forum Nada Islami' yang disepakati oleh kesemua ahli kumpulan tersebut.

"Ada makna tersirat dalam setiap perkataan tersebut. Lagipun, kami mahukan satu nama yang cukup unik tetapi nama tersebut akan diingati selalu.

"Malah, Simfoni tertubuh atas usaha Anas dan Firdaus yang menghimpunkan kami semua seterusnya meluahkan hasrat untuk lebih serius dalam bidang ini," katanya.

Hadiah buat peminat

Tambah Ifham, pada awal penubuhan Simfoni, mereka bergerak sendiri di bawah syarikat Simfoni Artwork & Training Centre.

"Ketika itu, kami sudah punya album sendiri dan cuba memasarkannya sendiri.

"Walau pun album berkenaan kelihatan seperti muzik 'underground', tetapi lagu kami mendapat maklum balas positif dari UNIC.

"Bermula dari situ, kata sepakat di ambil dan akhirnya kami memilih untuk menjadi artis rakaman UNIC Records Sdn Bhd," katanya.

Katanya, Simfoni kemudiannya muncul dengan album sulung berjudul Simfoni: Mencari Cinta Hakiki.

Sudah berada di pasaran sejak awal tahun ini, album itu mempertaruhkan lapan lagu seperti Law Kaana Bainana, Hakikat Cinta, Mencari Keampunan Ilahi, Insan Terulung, Zikir, Kasihmu Ayah Ibu, Anwarul Islam dan Sedarlah Puteri.

"Hampir 90 peratus lagu dalam album terbabit adalah ciptaan kami sendiri terutamanya Imtiaz.

"Setiap ahli kumpulan ini ada kelebihan tersirat masing-masing," katanya.

Katanya, penghasilan album ini adalah hadiah buat peminat yang menyokong mereka.

"Sebelum ini kami tiada album tetapi kami aktif membuat persembahan bersama UNIC di seluruh negara.

"Apatah lagi, dua ahli kumpulan kami, Anas dan Firdaus sedang menyambung pengajian di Madinah, justeru apabila mereka pulang bercuti selama tiga bulan, inilah masanya untuk kami bertemu media memperkenalkan diri.

"Apabila mereka sudah, tinggallah kami bertiga. Namun, kami tetap buat persembahan mengikut jadual diatur syarikat," katanya.

Ketika ditanya bagaimana sambutan yang diterima daripada peminat, Ifham memberitahu:

"Setakat ini sambutan diberikan peminat di lokasi promosi amat menggalakkan.

"Respons mereka cukup positif dan ini memberikan semangat dan kekuatan kepada kami untuk terus bekerja keras menghasilkan yang terbaik untuk industri muzik," katanya.

Jelasnya, mereka tidak hanya menjadi penyanyi nasyid semata-mata, sebaliknya aktif dalam pelbagai cabang seni.

"Imtiaz aktif mencipta lagu dan saya pula adalah guru al-Quran. Kami mempunyai pendidikan daripada pelbagai jurusan di antaranya Hadis dan Pengajian Islam, Usuluddin dan Perguruan Bahasa Arab," katanya.




Selit pelbagai elemen muzik

Setiap genre muzik pasti saja ada pasang surutnya, ketika ditanya bagaimanakah caranya kumpulan ini mengekalkan keseimbangan dalam dunia nasyid mereka, Ifham ada jawapannya.

"Semakin hari, dunia terus berkembang pesat dan nasyid seperti tenggelam kerana pendengar lebih memilih lagu berkonsepkan indie.

"Malah, ada menghasilkan lagu ketuhanan kerana menganggap ia lebih mudah dihayati.

"Kami tetap setia dengan irama nasyid tetapi itu tidak bermakna muzik yang kami bawakan ketinggalan zaman kerana kami sedar masyarakat kini lebih selesa mendengar lagu yang mudah dan senang untuk dihafal," katanya.

"Sehubungan itu, bagi menarik perhatian pendengar kami menyelitkan pelbagai elemen muzik seperti rap, rock, tradisional taranum, pop dan R&B," katanya.

Tambahnya, kelebihan setiap ahli kumpulan memberi nilai tambah dalam mencipta inovasi baharu lagu-lagu mereka.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP