Loading...
Monday, September 8, 2014

Dato’ Hattan ‘Haramkan’ Lagu Indonesia Dalam #AF2014


ARTIS MELETOP

Dato’ Hattan ‘Haramkan’ Lagu Indonesia Dalam #AF2014



“Tiada lagu Indonesia dalam Akademi Fantasia 2014 (AF 2014). Kalau ada pun, hanya lagu-lagu berbentuk ketuhanan sahaja yang boleh dinyanyikan…Selain dari itu diharamkan!

“Buat apa kita nak banggakan lagu Indonesia tu, kita patut bangga dengan lagu kita sendiri, kita ada 1001 lagu tempatan yang boleh diketengahkan dan saya yakin pelajar saya dapat menyanyikan dengan baik,” kata Dato’ Hattan ketika ditemui selepas Konsert Pertama AF2014 di MBSA pada malam Ahad.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dato’ Hattan yang juga pengetua Akademi Fantasia (#AF2014), turut menegaskan kali ini konsert AF 2014 hanya memfokuskan lagu-lagu tempatan sahaja.

Hattan berkata, lagu-lagu tempatan mempunyai kekuatan yang tersendiri dan amat tidak perlu mengagung-agungkan lagu dari seberang yang melodinya adalah mendatar dan muziknya hampir sama.

Bagaimanapun menurut Hattan, dia tidak peduli sekiranya ada pihak yang mengkritik keputusannya itu.

“Saya tahu apa yang saya buat! Saya sayangkan industri muzik tempatan, sebab itu saya mahu lagu-lagu kita didahulukan.

“AF kali ini konsep lama diperkenalkan semula, saya amat setuju sekali, kita tak perlu nak tukar konsep sampai hilang keasliannya.

“Tak perlulah sampai nak membaratkan program kita, biarlah kita jadi jaguh tempatan dulu, barulah kita fokus ke peringkat seterusnya,” tegasnya.




Mengenai pemilihan lagu para pelajar pula, tambah Hattan mereka bebas menyanyikan apa jua lagu mengikut kesuaian vokal masing-masing.

“Penekanan saya kali ini, tiada paksaan untuk pelajar saya untuk menyanyikan lagu, mereka boleh pilih lagu dan genre yang mereka suka, saya tidak akan menjadi AF2014 sebagai formula untuk menetap lagu setiap minggu untuk mereka menyanyi.

“Didikan dan nasihat dari tenaga pengajar amat dititik beratkan. Sekiranya tidak bersesuaian mereka akan diberi pilihan untuk menyanyikan lagu lain berdasarkan vokal dan penampilan mereka,” ujarnya.

Konsert Mingguan AF boleh ditonton setiap hari Ahad jam 9.00 malam disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Astro Maya HD (135).


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP