Loading...
Tuesday, September 2, 2014

Gigi Palsu Beri Kuasa Ajaib Kepada Azhan Rani Bawa Watak Tompel


ARTIS MELETOP

Gigi Palsu Beri Kuasa Ajaib Kepada Azhan Rani Bawa Watak Tompel



Sungguhpun Azhan Rani bukanlah pilihan pertama pengarah Melissa Saila untuk membawa watak Allahyarham seniman AR Tompel, namun keputusan Melissa Saila disaat akhir ternyata membuahkan hasil.

Pelakon Azhan Rani akhirnya dipilih Melissa untuk membawa watak Tompel selepas merasakan pilihan awalnya tidak begitu menepati kriteria seniman hebat tersebut.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Azhan ketika ditemui baru-baru ini memberitahu, ketika Melissa mempelawanya untuk melakonkan watak Tompel, dia merasakan perkara tersebut sebagai jenaka.

“Mula-mula memang saya rasa kelakar. Tetapi selepas bertemu Lis dia meyakinkan saya dan tanpa bercakap banyak saya terus bersetuju.



“Akhirnya saya ringkaskan, mulanya saya rasa terbeban kerana terpaksa membawa watak yang saya tidak pernah bawa, watak yang nyata, watak yang pernah ada dan ia bukan watak orang biasa sebaliknya watak legenda.

“Saya perlu hati-hati membawa watak itu supaya tetap dipandang sebagai legenda. Legenda adalah watak itu, bukan diri saya,” katanya.

Kata Azhan lagi, dia sempat melakukan rujukan bagi menghayati perwatakan Tompel secara keseluruhan dengan menonton semula filem lakonan Allahyarham antaranya Ahmad Albab dan Keluarga 69, Azhan berkata, ketika di set penggambaran ada kejadian yang melucukan.




“Selesai disolek lengkap bergigi palsu, saya terkejut melihat diri saya sendiri di depan cermin kerana saya nampak AR Tompel di dalam diri saya.

“Gara-gara gigi palsu yang dipakai itu juga, ia menyukarkan saya untuk bercakap dan menyebabkan suara saya bertukar,” katanya.

Bagaimanapun katanya dia bimbang dengan penerimaan penonton terhadap peranannya sebagai Allahyarham Seniman AR Tompel dalam siri biopik telefilem Saloma yang sedang ditayangkan di Astro First Eksklusif sejak 28 Ogos lalu.

"Saya tidak membawa watak Tompel di depan layar tetapi sebaliknya dan saya perlu berhati-hati kerana tidak mahu mencalarkan peranan tersebut selain amat menghormatinya," katanya.

Selain Azhan, Saloma turut dibintangi oleh Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P Ramlee), Sazzy Falak (Mariani), Sharifah Amani (Siput Sarawak) dan Hasnol Rahmat (bapa tiri Saloma).


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP