Loading...
Monday, September 8, 2014

Hos #AF2014 Faizal Ismail Sahut Cabaran, Sedia Terima Kritikan


ARTIS MELETOP

Hos #AF2014 Faizal Ismail Sahut Cabaran, Sedia Terima Kritikan



Bekas penyampai radio dan pengacara TV Faizal Ismail telah diumumkan sebagai hos konsert mingguan #AF2014 dan bakal bergandingan bersama Zizan Razak di konsert pertama pada Ahad lalu.

Menurut Faizal atau lebih dikenali dengan gelaran FBI memberitahu dia tidak menyangka bahawa angan-angannya untuk menjadi hos #AF2014 telah menjadi kenyataan.

“Sejujurnya saya sebenarnya adalah seorang peminat setia Akademi Fantasia (AF), malah saya juga sebelum ini pernah memasang angan-angan untuk menjadi hos AF.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Namun tak sangka pula impian saya menjadi kenyataan apabila saya ditawarkan oleh pihak Astro untuk menggalas jawatan besar seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas konsert pertama #AF2014 bertempat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Selain itu, Faizal juga memberitahu sewaktu dia dilamar oleh pihak produksi untuk menjadi hos #AF2014, dia tidak terikat dengan mana-mana syarikat penyiaran.

“Saya terima tawaran ini pada bulan Ramadan yang lalu dan semasa dilamar saya tidak terikat secara eksklusif dengan mana-mana stesen atau syarikat penyiaran.

“Jadi saya bebas untuk memilih atau menerima apa sahaja tawaran yang diberikan kepada saya dan saya juga lebih selesa bergerak sendiri,” ujarnya.





Di samping itu, pengacara TV ini juga bersedia untuk menrima kritikan dan juga persepsi orang ramai mengenai pemilihannya sebagai pengacara #AF2014.

“Saya tak nafikan bahawa saya menerima tawaran ini kerana ia adalah Akademi Fantasia yang kita tahu sememangnya satu nama yang hebat.

“Saya tahu persepsi negatif pasti aka nada namun saya anggap ini semua sebagai cabaran baru dan saya menyahut cabaran tersebut.

“Karier saya bemula di Astro dalam bidang radio, jadi apa yang saya buat ini bukanlah berpatah balik tetapi ia sebagai satu fasa untuk mengembangkan lagi karier saya dalam bidang pengacaraan.” jelasnya.

Nantikan gandingan hebat Faizal Ismail dan Zizan Razak di konsert mingguan #AF2014.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP