Loading...
Wednesday, March 12, 2014

Gwyneth Paltrow dibenci?

FIGURA ini bukanlah asing lagi di kalangan peminat mahupun penggiat industri seni Hollywood.

Sikapnya yang ramah dan disenangi membuatkan dia cukup disenangi.

Namun lain pula ceritanya ketika di zaman persekolahan, Gwyneth Paltrow sebenarnya cukup tidak disukai oleh kawan-kawannya.

Ini kerana isteri Chris Martin ini dikatakan sangat sombong dan sering merasakan dirinya yang terbaik di antara yang lain.

“Paltrow sering memberitahu rakan bahawa dia yang terbaik di antara mereka. Lebih-lebih lagi ketika mendapat peranan sebagai seorang puteri dalam sebuah drama, dia sering mengungkapkan dirinya layak kerana dia sememangnya seorang puteri,” ujar seorang sumber kepada Showbizspy.

Dek kerana sikapnya itu, ramai teman-teman di universiti menolak untuk berkawan dengannya, biarpun kini Paltrow sudah menjadi terkenal.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP