Semakin gemilang penyanyi kebanggaan Malaysia, Nur Shahila Amir Amzah atau Shila Amzah, 23, yang sehingga kini tidak berhenti mengharumkan nama negara.
Turut mengisi profil pencapaiannya sekarang pastinya penyertaan terbarunya dalam program realiti paling berpengaruh di Hunan, China iaitu I Am a Singer yang kini semakin hampir ke kemuncaknya
Menjadi juara kepada pertandingan Asian Wave pada 2012 benar-benar membuka luas mata peminat luar terutama di China terhadap bakat hebat anak gadis ND Lala ini.
Bagaimanapun, mencorak kerjayanya di negara itu bukan jaminan kepada popularitinya lantaran di sana pergerakan industri muziknya lebih drastik.
Bagaimanapun, mencorak kerjayanya di negara itu bukan jaminan kepada popularitinya lantaran di sana pergerakan industri muziknya lebih drastik.
Nur Shahila Amir Amzah
Ini termasuk juga kewujudan program yang disertai Shila sekarang di mana penyanyi Patah Seribu ini harus bersaing dengan penyanyi hebat sedia ada di rantau berkenaan.
Tinggal lagi empat episod sebelum ke acara kemuncak, setakat ini Shila ternyata antara yang memberi saingan sengit selepas memberikan aksi cemerlang selama empat minggu.
Format pertandingan itu adalah setiap minggu tujuh penyanyi akan bersaing bagi mengukuhkan kedudukan mereka sebelum ke final.
Setakat ini, Shila ternyata cukup konsisten apabila pada minggu pertama berjaya meraih tempat kedua, kemudian jatuh ke tempat keempat dan pada minggu ketiga berada di kedudukan nombor tiga.
Bukan calang-calang penyanyi menyertai program itu. Selain Shila, dua lagi peserta yang mewakili Malaysia termasuk Gary Chaw dan Victor Wong yang sudahpun tersingkir.
Seramai 12 peserta awal termasuk Shila keseluruhannya, penyertaan penyanyi terbabit turut dikaitkan dengan penyanyi Hong Kong iaitu G.E.M yang mulanya hebat dan menduduki tempat pertama.
Ini kerana, dua peserta itu dikatakan antara paling menyerlah berdasarkan vokal nyanyian dan juga disamakan dari segi identiti dan cara nyanyian.
Bagaimanapun, sebaik masuk bertanding pada minggu ketujuh, Shila berjaya mengalahkan G.E.M apabila mendapat tempat kedua dan saingannya itu pula hanya jatuh di kedudukan keempat.
Selain Shila, G.E.M, Gary dan Victor, lapan lagi peserta lain bertanding adalah dari China iaitu Zhou Bichang, Han Lei, Luo Qi, Wei Wei, Zhang Jie dan Man Wenjun manakala Phil Chang dan Power Station mewakili Taiwan.
Cukup bijak memilih lagu yang sangat dikenali di sana, nyanyian Shila menerusi lagu Xiang Ni De Ye berjaya menjadi sebutan, sekali gus menarik lebih ramai peminat baru terhadapnya.
Shila berkata, dia baru beberapa kali tampil di pentas berkenaan namun masih belum memberinya kepuasan setakat ini.
“Banyak lagi yang saya mahu tunjuk kepada penonton dan berharap akan meneruskan persaingan ke peringkat seterusnya,” katanya.
Sementara itu, penyanyi terbabit dijadualkan bakal tampil dengan konsert solonya di sini pada sekitar Mei dan Jun nanti. Shila juga dalam rangka untuk melancarkan album bahasa Cina sulungnya tidak lama lagi di China dan Malaysia.
0 comments:
Post a Comment