Loading...
Tuesday, March 18, 2014

Tidak jadi kahwin di Itali

TIDAK lama lagi, majlis perkahwinan Jessica Simpson akan berlangsung. Kegembiraannya semakin menjadi-jadi sebelum tiba hari bahagia itu bersama tunang, Eric Johnson.
Dengar cerita, Simpson sudah membatalkan niatnya untuk berkahwin di Itali. Dia dan Johnson, 35, memilih untuk melangsungkan majlis itu di kawasan berdekatan rumah mereka di California.
Penyanyi berusia 34 tahun itu mengubah fikiran mengenai lokasi perkahwinan setelah merasakan bahawa hanya majlis secara sederhana sahaja akan dilakukan.
Menurut sumber US Magazine, pasangan tersebut yang mempunyai anak perempuan bernama Maxwell yang berusia setahun 10 bulan itu turut merancang menukar tempat kerana tidak mahu menyusahkan tetamu mereka terbang ke Eropah semata-mata untuk menyaksikan majlis perkahwinan mereka.
Pemilihan Itali oleh Simpson adalah kerana dia sangat meminati dan jatuh cinta dengan salah sebuah kawasan di Itali iaitu Capri setelah bercuti di situ bersama bakal suaminya pada 2010. Selepas itu, Simpson dan Johnson juga dikhabarkan telah kembali melawat Capri pada Oktober lalu sambil melihat-lihat kawasan yang sesuai.
Dalam pada itu, Simpson yang juga merupakan duta kepada Weight Watchers telah berjaya menurunkan berat badannya lebih kurang 23 kilogram selepas melahirkan anak kedua, Ace yang kini berusia lapan bulan.
Bintang itu juga dikatakan akan mengekalkan berat badan terkini menjelang hari perkahwinannya.
"Menyedari tarikh perkahwinan saya semakin hampir, jadi saya mengambil inisiatif untuk menguruskan badan. Saya akan sentiasa berada di dalam gim dan bersenam selalu.
"Apabila anda melihat gaun saya nanti, anda akan tahu betapa langsingnya badan saya," seloroh Simpson


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP