Wednesday, March 5, 2014

'Teka Teki' Taruhan Terbaru Maya Karin

Pelakon dan penyanyi, Maya Karin kini muncul dengan album terbarunya, 'Teka Teki' yang telah berada di pasaran bermula 4 Mac lalu. 
 
Album ini memuatkan tujuh buah lagu seperti 'Bintang Syurga', 'Logika', 'Tersenyum', 'Teka-Teki', 'Titi Rahsia', 'Selamat Tinggal Cinta' dan 'Hanya Sebentar'.
 
Menerusi taruhan terbarunya ini, Maya tampil membawa kelainan dengan membuat perubahan dari sudut pembawaan lagu. Pendengar pastinya akan terbawa-bawa dengan muzik yang ditampilkan dan mampu mengajak pendengar untuk menyanyi bersama.  Setiap bait lirik dengan iringan muzik yang disusun rapi ini memberikan 'mood' segar dan ceria kepada pendengar.
 
Kepada peminat Maya Karin, jangan lupa dapatkan 'Teka Teki' di pasaran sekarang dan anda juga boleh menyaksika video lirik ‘Teka Teki’ di YouTube. Nantikan juga video muzik rasmi untuk lagu ini yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

0 comments:

Post a Comment

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Toggle Footer
TOP