Loading...
Monday, March 10, 2014

Yoo Seung Woo Dedah Kehidupan Peribadi Untuk Tatapan Peminat

PENYANYI Yoo Seung Woo mengejutkan para peminatnya apabila membuat kemunculan dalam program Human Documentary dan mendedahkan kehidupan sehariannya kepada umum.

Menurut laporan portal Soompi, penyanyi berusia 17 tahun itu yang masih menuntut di sebuah sekolah tinggi di Seoul tinggal bersendirian tanpa ditemani keluarganya.

Dalam episod istimewa itu, Seung Woo menunjukkan kemahirannya memasak pelbagai jenis masakan dan memberitahu menggemari telur goreng yang dimasak dengan minyak bijan untuk dimakan bersama nasi.

"Saya masih muda dan sedang membesar jadi saya perlukan protien," katanya.
Dalam pada itu, Seung Woo berkata, pada mulanya dia sukar membiasakan diri tinggal bersendirian tinggal di Seoul namun semakin selesa selepas mengetahui selok belok bandar raya besar itu.

"Masa mula-mula datang ke Seoul hendak menaiki pengangkutan awam pun saya tidak tahu dan terpaksa bertanya atau membuat carian di internet kerana bimbang tersesat," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP