Loading...
Monday, March 10, 2014

Syafiq meniti populariti

Dua tahun berkecimpung dalam industri seni, nama Syafiq Kyle pastinya cukup dikenali penonton menerusi lakonan mantapnya di samping pelakon Nasir Bilal Khan dalam drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir di Astro Oasis. Bagaimanapun, kini kelibat Syafiq kerap dilihat muncul dalam drama yang disiarkan TV3.
Justeru, secara tidak langsung Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 22, semakin meniti puncak populariti. Oleh itu, tidak hairanlah apabila dia juga kelihatan agak selesa dengan karier sebagai pelakon sehingga sanggup membuat keputusan menangguhkan pengajian. 
Bersua dengannya pada penggambaran drama Tuan Rumah Pembantu Rumah terbitan JS Pictures baru-baru ini, Syafiq berkata dia tidak fikir sekarang ini namanya sudah benar-benar popular. Apapun, katanya pembabitan dalam lakonan adalah kerana minat dan bukan untuk mengejar populariti semata-mata. 

“Saya masih lagi terlalu baru dalam bidang lakonan ini. Boleh dikatakan umpama budak baru belajar. Jadi, saya tidak fikir sudah popular kerana masih banyak kekurangan dalam lakonan perlu diperbaiki lagi. Namun, saya sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana rezeki berlakon hingga kini tak putus diterima.

0 comments:

Post a Comment

Toggle Footer
TOP