Artis Meletop
Heliza Helmi ke Syria lagi
KETIKA artikel ini disiarkan, personaliti cantik ini telah pun berada di bumi Turki-Syria bersama Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk untuk rakyat Syria.
Menurut Nur Heliza Helmi, 28, atau lebih mesra disapa Ija ini, misi ke sana turut melibatkan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre dan beberapa rakan seperjuangannya yang lain termasuk Aziz M Osman, Fadzli UNIC, Mus (Usrah Fitrah), Ustaz Nazmi serta Team Muslim Care.
"Misi kami yang meliputi kawasan Turki dan sempadan bermula pada Sabtu lalu hingga Jumaat depan.
"Tujuan misi kami pada kali ini adalah untuk membantu Maahad Muslim Care di Rayhanli di sempadan Turki-Syria seperti memberi bantuan baju tebal dan kasut untuk anak-anak pelarian.
"Selain itu, kami turut menyumbangkan bantuan lain seperti gandum untuk penduduk yang terkepung di Ghutoh Timur Damsyik," katanya yang pernah menyertai misi ke Syria anjuran Muslim Care Malaysia Society, pada pertengahan April lalu.
Tambah Heliza, sesiapa yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan, mereka boleh menyumbangkan derma ke akaun Maybank (564490413882), Bank Islam (14014010147470), Bank Muamalat (4010007654717) dan RHB (26212000004747).
Rezeki mencurah
Walaupun sejak kebelakangan ini, kita jarang dengar mengenai perkhabaran terkini Heliza, pun begitu, jangan disangka selebriti ini sepi dari sebarang aktiviti mahupun kerjaya seni malah, rezekinya kian mencurah.
Ketika ditanya mengenai perkembangan terkininya, Heliza memberitahu bahawa dia sedang sibuk dengan beberapa perkara yang membabitkan perniagaan, kerjaya dan juga nyanyian.
"Alhamdulillah, sekarang Ija sedang mengusahakan produk #exclusivebyhelizahelmi secara online dimana produk yang dijual termasuk Mujahidah Palestina Handsocks, Mujahidah Palestina Shawl, Mujahidah Palestina Dress, Heliza Instant Telekung dan Heliza Helmi Hijab.
"Dalam kerjaya nyanyian pula, Ija tampil dengan album bersama Salima berjudul, Salam Buat Kekasih dan Ya Rasulullah yang dijual secara online dan juga di tempat kami berprogram.
"Sebahagian daripada jualan cakera padat (CD) berkenaan akan dimasukkan ke tabung Palestin dan Syria," katanya yang bergiat aktif dalam Talk Musical Motivation untuk pelajar IPT dan forum.
Selain itu, Heliza juga bakal memperkenalkan produk coklat iaitu, Heliza Chocolate yang boleh didapati secara online.
"Insya-ALLAH, tak lama lagi, ianya akan dipasarkan dan untuk peringkat permulaan, saya memilih platform untuk menjual secara online.
"Untuk mendapatkan maklumat mengenai coklat berkenaan, penggemar coklat boleh melihatnya di akaun, Heliza Helmi Production dan juga di Instagram saya, Nur Heliza Helmi.
"Saya memilih perniagaan coklat kerana saya adalah penggemar coklat dan bagi saya, coklat mampu membuatkan kita rasa happy. Untuk pelajar yang tidak sempat makan, boleh ambil coklat untuk tenaga," katanya yang turut dilantik sebagai duta produk kosmetik, Silky White dan produk penjagaan rambut, Sunsilk.
Katanya, ini adalah tahun pertama dia dilantik sebagai duta setelah bekerjasama selama empat tahun dengan Sunsilk sebagai model.
"Alhamdulillah, ini tahun pertama saya diberi kepercayaan menjadi duta Sunsilk dan Silky White. Saya adalah pengguna setia Silky White dan Silky Girl.
"Malah tidak dinafikan, produk mereka sangat bagus! Saya juga macam tak percaya apabila dapat rezeki dilantik menjadi duta Silky White. Alhamdulillah," katanya mengakhiri perbualan.
Everyone is Welcome!
ReplyDeleteUnlimited Job Positions!
Anyone can Join!
No Experience required!
Instant Account Setup and Money Making!
You can make $1200 Dollars today. Nothing to loose!
http://myinvitepay.com/?ref=241192