Loading...
Friday, November 14, 2014

Isu Gambar Bogel Beri Kekuatan Pada Rain


Artis Meletop

Isu Gambar Bogel Beri Kekuatan Pada Rain



RAIN disifatkan menjadi lebih kuat selepas isu gambar bogelnya tersebar di Internet sebelum ini.

Bagaimanapun jurucakap peguamnya bertegas, perbuatan menyebarkan berita palsu itu sebagai sesuatu yang tidak bermaruah.

Malah lebih memburukkan keadaan apabila timbul tuduhan gambar berkenaan tersebar dari telefon bimbit milik Kim Tae Hee.

“Ia satu tindakan yang kebudak-budakan dan kami percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mempunyai niat jahat,” kata jurucakap itu.

Ujarnya, walaupun sesetengah pihak tidak mempercayai perkara itu namun masalah mula timbul apabila peminat Rain di Jepun dan China menganggap gambar itu adalah benar.

Maka katanya, satu tindakan undang-undang harus diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP