Artis Meletop
Jangan ganggu kebahagiaan Nora Danish
Bahagia. Itulah ucapan yang terkeluar daripada mulut pelakon jelita Nora Danish saat ditanya tentang kehidupannya hari ini.
Sibuk bekerja di set penggambaran, mendidik anak tunggalnya Putera Rayqal Ramli, 5, dan menjadi kekasih hati Nedim Nazri melengkapkan rutin hidup wanita berusia 32 tahun itu.
Bagaimanapun, hubungan baiknya dengan bekas keluarga mertua sering disalah erti dan ada pihak yang menganggapnya terhegeh-hegeh dengan mereka. Walhal hubungan kekeluargaan mereka tidak pernah putus meskipun Nora tidak lagi bergelar menantu kepada keluarga Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Raja Puan Sri Datuk Noorasyikin Raja Abdullah itu.
Bukan itu sahaja, hubungannya dengan bekas suami Rizal Ashram Ramli atau Jejai serta isterinya, pelakon Fasha Sandha juga baik. Justeru, Nora berharap kebahagiaan mereka semua tidak diganggu gugat oleh pihak lain yang tidak senang dengan hubungan baik mereka,
“Orang boleh komen apa sahaja di Instagram saya, ada yang puji dan ada yang kutuk. Jika sentuh tentang diri saya sahaja, saya tidak kisah.
“Namun, tidak perlulah membangkitkan isu yang saya terhegeh-hegeh dengan keluarga mertua. Walaupun saya dan bekas suami sudah berpisah tetapi mereka tetap keluarga saya. Tidak salah untuk saya berkongsi kasih sayang dengan mereka.
“Mungkin dahulu kami mempunyai masalah tetapi hari ini, kami semua bahagia dengan kehidupan masing-masing. Jadi, tolonglah jangan ganggu kebahagiaan kami semua,” ujar Nora tegas.
NORA DANISH berharap agar semua pihak boleh bersabar untuk melihat dia kembali mendirikan rumah tangga. Kata Nora, kegagalan pernikahan lampau membuatkan dia dan kekasihnya, Nedim mengambil langkah berhati-hati untuk bernikah.
Tambah Nora, selain ibu dan adik-beradiknya, keluarga bekas suami merupakan keluarganya di Malaysia kerana semua saudaranya berada di Myanmar.
“Sudah bertahun-tahun rutin hari raya saya di rumah keluarga bekas mertua, tidak mungkin saya mengubah tradisi itu.
“Sungguhpun begitu, saya faham Fasha juga memerlukan ruang sebagai menantu baharu dalam keluarga itu, jadi saya tidak perlu selalu ada bersama mereka. Jika ada acara yang penting dan memerlukan kehadiran saya, pasti saya akan datang,” luah Nora.
Sambung bintang filem Bencinta itu, anaknya Rayqal merupakan penyambung kepada keakraban dia dan keluarga bekas suami.
“Rayqal merapatkan hubungan kami semua. Walaupun hak penjagaan diberi kepada saya tetapi Rayqal akan tinggal secara bergilir di tiga buah rumah iaitu rumah saya, Jejai dan bekas keluarga mertua.
“Jadi, kami selalu berhubung. Terbaharu, apabila Fasha melahirkan anak keduanya, Rayqal antara orang yang paling teruja. Walaupun dia agak manja tetapi dia langsung tidak cemburu sebaliknya cukup sayang dengan dua orang adik tirinya itu,” ulasnya.
NORA kini menjadi wajah baharu produk kecantikan Safi Rania.
Bercuti di Bali
Nora yang baru sahaja pulang daripada penggambaran video muzik lagu terbaru penyanyi Nomad di Bali, Indonesia pada minggu lalu, dilihat tidak dapat berenggang daripada kekasihnya, Nedim.
Kekasihnya itu turut mengiringi Nora ke Bali. Ujarnya, sambil bekerja mereka mengambil kesempatan untuk bercuti memandangkan Bali merupakan destinasi kegemaran mereka berdua.
“Sebenarnya saya pergi selama tiga hari untuk penggambaran video muzik lagu terbaharu Nomad yang kebetulan menjadi lagu tema untuk telefilem Cikgu Timah lakonan saya.
“Kebetulan ke Bali, Nedim mengambil peluang menemani saya kerana kami memang sukakan Bali. Sambil bekerja, kami bercuti sekali. Kami berdua sangat sibuk, jadi kami terpaksa mencari ruang untuk berjumpa.Peminat boleh lihat gambar kami di Bali di akaun Instagram saya, tidak ada apa yang mahu saya sembunyikan,” tutur bintang drama Puteri itu lagi.
Apabila disoal bilakah mereka bakal ke jinjang pelamin, sambil tersipu malu, Nora menjawab, perkahwinan bukan perkara yang kecil. Dia harus benar-benar bersedia sebelum membawa hubungan cinta itu ke fasa yang seterusnya.
“Saya pernah gagal dalam perkahwinan, begitu juga Nedim. Jadi, sebelum membawa hubungan ini ke peringkat yang lebih jauh biarlah kami benar-benar bersedia terlebih dahulu.
“Sekarang, masing-masing sedang sibuk dengan kerjaya dan anak saya juga perlukan perhatian yang lebih. Jika ada jodoh, kami akan berkahwin juga suatu hari nanti,” katanya.
Beri Hanez peluang
Sebelum ini, Nora ada memuat naik beberapa keping gambar bersama pelakon Hanez Suraya di Instagramnya. Gambar itu diambil pada hari pertama penggambaran telefilem Cikgu Timah yang dibintangi mereka berdua.
Malangnya, sehari selepas penggambaran dan gambar itu dimuat naik, dikhabarkan Hanez terpaksa digugurkan daripada telefilem itu. Katanya, Hanez digugurkan kerana bimbang kontroversinya bakal memberi impak negatif terhadap rating drama tersebut yang akan disiarkan di Astro First.
Nora yang tidak menyedari hal berkenaan terkejut dengan berita tersebut dan menyangka gambar yang dimuat naik olehnya menjadi punca Hanez digugurkan daripada drama berkenaan.
“Saya terkejut apabila diberitahu yang kami harus melakukan penggambaran semula kerana Hanez terpaksa digugurkan daripada drama itu. Saya rasa bersalah kerana apabila membaca komen di Instagram, terlalu banyak komen yang negatif. Sangkaan saya, gambar itulah yang menjadi punca Hanez digugurkan, sebenarnya tidak, kerana itu keputusan pihak stesen televisyen bukannya produksi,” kata Nora.
Sedih dengan perkara tersebut, Nora berharap Hanez diberi peluang untuk kembali mewarnai dunia lakonan sementelah dia merupakan seorang pelakon yang bagus.
“Saya sungguh gembira apabila jumpa dengannya di set penggambaran, bagi saya dia seorang pelakon yang bagus. Saya harap berilah dia peluang kerana dia pun sudah menyesal dengan apa yang berlaku,” balas Nora.
AKRAB dengan bekas mertua, kata Nora silaturahim yang telah terjalin akan dijaga sebaik mungkin, bukan untuk mengambil kesempatan atau tidak dapat meneruskan kehidupan sendiri.
Idam Anugerah
Beralih bicara kepada kerjayanya, khalayak mungkin melihat, Nora hanya ‘menjual’ wajah cantiknya sebagai tarikan untuk filem dan drama lakonannya.
Sepuluh tahun bergelar pelakon, Nora yang sudah membintangi 15 buah filem dan puluhan drama masih tertinggal sesuatu, iaitu anugerah.
“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tidak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya.
“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senarionya telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” akui Nora penuh jujur.
Akuinya, sejak berada di bawah pengurusan pihak Metrowealth (MIG), bakat Nora lebih dipercayai apabila dia diberi peluang untuk menggalas watak yang berat dan sarat dengan emosi.
“Memang saya akui, sebelum ini saya hanya dikenali dengan watak ringan dan comel sahaja. Cuma sejak kebelakangan ini, saya diberi peluang untuk melakonkan watak berat.
“Saya kira, itu satu pencapaian yang baik sepanjang 10 tahun dalam industri seni. Jika boleh, saya mahu lakukan yang lebih baik dalam lakonan kerana peminat hari ini bijak menilai. Jika mahu bertahan lama, kualiti lakonan harus dijaga,” ujar Nora.

0 comments:
Post a Comment