ARTIS MELETOP
Awal Ashaari Nafi Merajuk Tidak Dipilih Jadi Pengacara AF 2014
Pengacara Awal Ashaari menafikan dia merajuk dan terasa hati apabila stesen televisyen Astro tidak memilihnya sebagai pengacara program realiti popular Akademi Fantasia 2014 (AF 2014).
Awal, 33, berkata, dia sendiri tidak mengharap untuk mengendalikan rancangan tersebut berikutan baharu sahaja selesai mengacarakan rancangan The Band terbitan stesen televisyen itu.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
"Saya tidak 'sentap' atau merajuk langsung bila tidak dipilih sebagai pengacara AF 2014 kerana saya baru sahaja terlibat dengan The Band.
"Mereka ada hubungi saya dan bertanyakan soal bayaran dan kekosongan jadual, namun saya tahu tidak mungkinlah dua program berturut-turut mereka mahukan saya," katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Baharu Musim Luruh 2014 Jenama Ecco, di Restoran The Bee, Publika Dutamas, di sini, Isnin.
Awal dan Scha menggayakan beg jenama Ecco.
Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah isterinya aktres Scha Al-Yahya.
Awal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip ruangan pojok di sebuah akhbar kononnya dia merajuk sehingga membawa diri ke Perth, Australia minggu lalu akibat tidak terpilih menjadi pengacara rancangan AF 2014.
Sebaliknya, rancangan tersebut menampilkan pengacara berpengalaman iaitu Faizal Ismail bagi menemani Zizan Razak.
Dalam pada itu, Awal berkata, dia menganggap rakan seperjuangannya itu layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan.
"Bila saya tengok Faizal Ismail diumumkan sebagai pengacara saya anggap itu sebagai rezeki untuk dia dan peluang dia untuk memulakan kerjaya dengan stesen televisyen itu.
"Kita pun tahu Faizal dulu terkenal dengan stesen TV3 tetapi apabila diterima ke stesen berbayar ini, ia satu perkembangan yang baik," katanya.
Sementara itu, mengulas tentang isu bayaran tertunggak oleh sebuah produksi ketika mengacarakan rancangan realiti The Band, Awal berkata pihak tersebut telah menghubunginya.
Katanya, pihak produksi itu sudah merancang untuk bertemu dan menyelesaikannya secara baik.
"Alhamdulillah, mereka sudah hubungi saya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik," katanya.
Dalam pada itu, bercakap tentang majlis tersebut, Awal berkata, dia dan isterinya hadir ke pelancaran tersebut sebagai tetamu istimewa.
Katanya, pihak jenama Ecco memberi mereka beberapa produk seperti kasut dan beg tangan untuk membuat penilaian terhadap barangan berkenaan.
"Kami hanya jemputan istimewa untuk majlis ini. Pihak Ecco memberi beberapa barangan untuk kami buat penilaian," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment