Loading...
Sunday, September 14, 2014

Amanda Imani Tidak Putus Asa Kejar Dunia Artis


ARTIS MELETOP

Amanda Imani Tidak Putus Asa Kejar Dunia Artis



Penyanyi Amanda Imani menjelaskan dia tidak pernah kenal erti putus asa dalam usahanya memperkenalkan muzik yang diperjuangkan kepada peminat.

Amanda, 22, sebaliknya berkata, dia yakin masanya untuk menyinar akan tiba suatu hari nanti dan perlu terus menghasilkan muzik berkualiti kepada peminat.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

"Sejak kecil saya amat meminati bidang muzik dan adalah tidak mungkin untuk saya melupakannya begitu sahaja hanya kerana saya masih belum begitu dikenali.

"Sekarang mungkin belum rezeki saya tetapi saya yakin suatu hari nanti orang akan mula melihat kredibiliti saya sebagai penyanyi, penulis lagu dan penerbit. Putus asa tidak ada dalam diari hidup saya," katanya kepada mStar Online.

Amanda ditemui pada majlis pelancaran program Selamatkan Harimau Liar dan pameran Harimau Kristal di Star Hill Galery di sini, Khamis.

Pameran harimau kristal itu akan diadakan sehingga 2 Oktober depan dan dibuka kepada umum.

Dalam pada itu, Amanda berkata, bagi membuktikan perkara itu dia bakal muncul dengan sebuah album berbahasa Inggeris berjudul Black Heart pada Oktober ini.

Kata Amanda, album berkenaan bakal memperlihatkan dia terlibat dalam proses penerbitan termasuk menerbit selain mencipta melodi dan menulis lirik untuk kesemua tujuh buah lagu yang akan dimuatkan.



"Album ini bakal memperlihatkan sisi matang saya dan mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saya juga boleh menerbit dan mencipta lagu.

"Pengalaman merakamkan album ini cukup istimewa kerana saya bukan hanya menyanyi tetapi terlibat dalam semua aspek penerbitan," katanya.

Tambah Amanda lagi, dia yakin album itu dapat memenuhi cita rasa peminat kerana ia masih mengekalkan genre pop yang mudah diterima pendengar.

"Karya dalam album ini adalah tentang perjalanan hidup saya yang ingin dikongsikan bersama peminat," ujarnya.




Bercakap mengenai penglibatannya dalam Selamatkan Harimau Liar, Amanda memberitahu ia adalah salah satu usaha pihak penganjur untuk menyampaikan maklumat tentang habitat berkenaan yang hampir pupus di seluruh dunia.

Jelas Amanda, pameran harimau kristal itu juga diadakan bagi mengumpul dana dalam menjalankan kajian dan menyelamatkan haiwan itu daripada terus pupus.

"Di Malaysia sahaja hanya ada 300 ekor harimau yang tinggal dan angka itu membimbangkan.

"Menerusi program inilah kita dapat menghebahkan maklumat tentang haiwan tersebut dan pada masa sama memberi sumbangan," katanya.

Tambah Amanda lagi, dia juga bakal mengadakan persembahan istimewa bersama Ning Baizura pada malam gala program tersebut yang akan diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur pada 3 Oktober depan.


0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP