Loading...
Monday, September 22, 2014

Sherry sangkal wujud cinta lokasi dengan Fattah Amin


ARTIS MELETOP

Sherry sangkal wujud cinta lokasi dengan Fattah Amin


SHERRY mahu ceburi bidang perniagaan tidak lama lagi.

Rezeki Sherry Ibrahim murah dalam dunia lakonan dan terbaharu, kemunculan semulanya menerusi drama Teduhan Kasih di TV3 bersama Adi Putra menjadi kemuncak kepada kerjaya lakonannya.

Pernah berlakon dan meninggalkan kerjaya lakonan untuk kembali bekerja sebagai pramugari, Sherry kembali aktif sejak dua tahun lalu dan nekad meninggalkan kerjaya itu.

Artis naungan Laugh Out Loud itu kini dilaporkan tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.




(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Selepas tamat penggambaran drama Cinta Ibadah yang disiarkan sejak 8 September lalu di Astro Prima, Maya HD dan Ria Plus, Sherry kini sibuk pula di lokasi penggambaran drama 60 episod berjudul Keluarga Karaoke yang juga untuk siaran Astro.

Malah, selepas selesa bergelar pelakon, Sherry memberitahu beliau merancang untuk melebarkan sayap perniagaannya pula yang bermula hujung tahun ini.

"Saya kembali berlakon pun sejujurnya tanpa disengajakan. Sejak dulu lagi selain berlakon pada masa yang sama mahu memikirkan untuk menceburi sesuatu bidang lain. Tetapi ketika itu tak ada saluran dan hubungan yang betul.

"Sehinggalah saya berjumpa dengan kawan lama dan dari situ kami sudah berkira-kira untuk memulakan perniagaan bersama.

"Menerusi perbincangan dan bertukar pendapat, ia menjadi serius. Cuma setakat ini perniagaan apa yang bakal kami lakukan itu biarlah rahsia dulu," katanya.


SHERRY (kanan) dan Fattah Amin (duduk) mula rapat di penghujung penggambaran Cinta Ibadah. - Foto Munira Abdul Ghani
Sherry turut ditanya mengenai wujudnya cinta lokasi di antaranya dengan hero drama Cinta Ibadah, Fattah Amin. Malah di laman Instagram, Sherry juga secara terbuka berkongsi gambar Fattah sama ada mereka berdua atau berseorangan.

"Kalau ada yang kata wujud cinta lokasi antara saya dan Fattah memang tidak benar. Sebab sejak dari awal penggambaran, memang kami tak rapat. Hanya di penghujung penggambaran baru kami jadi rapat.

"Jadi dari awal memang hubungan itu atas paksi profesional. Lagipun tak banyak babak kami bersama.

"Saya hanya memegang watak doktor kepada isteri beliau dalam drama ini. Hubungan ini masih baru. Saya tak mahu menggembar-gemburkan sangat. Tapi kami memang berjumpa kalau ada masa terluang," katanya.




0 comments:

Post a Comment

 
Toggle Footer
TOP